Showing posts with label iSU... Show all posts
Showing posts with label iSU... Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim At-Takwa

Assalamualaikum..

Al-Fatihah buat penghuni Rumah Anak Yatim At-Takwa, Batu 14 Hulu Langat yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku hari ini.

Titis-titis jernih gugur dari kelopak mata ini saat melihat berita di TV3. Ya Allah, sangat tragis bagi aku untuk melihat paparan di televisyen. Dan saat entri ini ditulis, sekali lagi aku tidak dapat menahan air mata daripada jatuh.

Ya Rabbul Jalil, selamatkanlah anak-anak di sana.

Sekarang aku sedang menonton Nightline. Mengikut laporan ketika ini, sepuluh mangsa disahkan terkorban. Aku tidak sanggup melihat berita tersebut! Sangat tersentuh hati aku..

Semoga roh anak-anak yang terkorban di cucuri rahmat. Amin.

Buat readers sekalian, ayuh sama-sama kita doakan mereka selamat dan sedekahkan al-Fatihah buat mereka yang terkorban.

Friday, December 03, 2010

Kesian kat girl ni.

Assalamualaikum..

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri."

Petikan di atas merupakan satu keratan berita dalam Harian Metro hari ni.
Sedih aku baca berita ni. Kesian kat adik ni. Aku tak tahu macam mana perasaan aku kalau di tempat dia. Memang tak patut tindakan ayah dia.

.DERITA...Che Ku Zaimah melayan Nurul di rumah mereka.

Aku sebagai manusia biasa tak berhak nak judge ayah dia. Hanya Allah yang tahu dan Dialah yang selayaknya.

Aku doakan semoga adik ni sentiasa gembira.

Nak baca berita penuh, klik sini.

Thursday, June 03, 2010

Ya Allah,selamatkan mereka.

Walaupun kejadian ni telah 3 hari berlalu,namun dunia terus mengecam kekejaman Israel. Tindakan Israel menawan kapal Turki,Mavi Marwara dalam konvoi Gaza Freedom Flotilla yang disertai 663 aktivis dari lebih 50 buah negara di perairan Laut Mediterranean dianggap tidak relevan.

Aku sebagai umat Islam rasa terpanggil untuk menulis entry ni. Mungkin ini adalah salah satu cara yang aku dapat lakukan bagi menyokong saudara seagama yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar kira2 10 ribu tan bantuan kemanusiaan bersama 6 buah kapal ke Gaza.

Alhamdulillah..

Warga Malaysia yang ditangkap oleh Israel telahpun dibebaskan. Tindakan Israel menahan warga Malaysia dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia. Ini kerana Israel tidak wajar melakukan tindakan sedemikian memandangkan Malaysia tidak menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan mereka. Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan Israel itu ibarat menculik warga Malaysia yang hanya ke Gaza semata-mata untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.

Syukur,Misi life Line For Gaza(LL4G) dapat diteruskan. Semoga usaha murni para peserta konvoi ini akan mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah pada janji Allah seperti dalam surah al-Fiil.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(1).Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2).Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan(3).Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;(4).Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat(5).

Semoga Allah selamatkan mereka...

Sebagai seorang muslim, sama2 kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Mungkin inilah yang mampu kita lakukan sebagai tanda membantu umat Islam di Palestin serta di seluruh dunia yang menjadi mangsa kekejaman musuh2 Islam.

Monday, May 17, 2010

THOMAS CUP xberjaya dirampas

THOMAS CUP menjadi milik CHINA sekali lagi setelah menumpaskan INDON 3-0

KOREA..berjaya meruntuhkan kekebalan tembok CHINA


adoyai,,dah almost seminggu xupdate blog.
maklumla,busy nengok badminton.smpai nk update blog pn malas. haha

agak kecewa bila Malaysia xmenang THOMAS CUP N UBER CUP.papepn,ak tetap bangga ngan pasukan negara sbb da tunjuk aksi terbaek.maybe kte xde luck nk menang kali ni.

CHINA still lg negara kebal dlm badminton ni.ak akui memang LIN DAN ada di prestasi terbaek dye skrg.seingt ak,ni 1st time CHONG WEI kalah ngan LIN DAN kt tempat sndiri.

memang masa CHONG WEI lwn LIN DAN,stadium Putra gle meriah.ak rasa,maybe CHONG WEI under pressure coz dye menggalas harapan rakyat Malaysia yg kempunan Piala THOMAS yg last skali kte menang 18 thn dulu.

tahniah ntuk pasukan KOREA yg berjaya merampas UBER CUP dari CHINA seterusnya menjadi kuasa baru dlm badminton.






.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.