Showing posts with label mAsAK-mASAk. Show all posts
Showing posts with label mAsAK-mASAk. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak kongsikan resipi untuk membuat kek tiramisu.

Bahan-bahan:
1 biji kek (apa sahaja jenis kek)
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko

Cara membuatnya:
1. Bancuh nescafe dengan air panas.
2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
3. Potong kek kepada 2 bahagian. Potong nipis-nipis dan susun di dalam bekas.
4. Tuang separuh daripada bancuhan nescafe ke atas kek.
5. Seterusnya tuang adunan #2 ke atas kek. Taburkan serbuk koko di atasnya.
6. Ulang langkah 3 hingga 5.
7. Akhir sekali hias kek mengikut cita rasa masing-masing.

Tadaa.. Inilah hasilnya. Simple but yummy!



Sunday, July 24, 2011

RESIPI NASI KERABU TUMIS

Assalamualaikum..


Nasi kerabu tumis ni agak complicated untuk dibuat. Walau bagaimanapun, disebabkan mak aku yang request nak makan , so aku and akak aku buat la. *Mak aku jadi pemantau je. Hehe..

(Tak boleh bagi exact amount untuk bahan-bahan because resipi ni mak aku yang bagi. Maklumlah, resipi orang berpengalaman ni diorang main campak-campak je.U got what I mean aiitt??)

Bahan-bahan kuah tumis:
Sedikit cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
Santan (sebiji kelapa)
Budu
Asam keping
Garam

Bahan-bahan sambal kerisik ikan:
2 ekor ikan kembung saiz sederhana
1/3 biji kelapa parut
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
2 keping gula merah

Bahan-bahan ulam:
Serai
Bunga kantan
Pucuk ketereh
Timun

Cara-cara membuatnya.

Kuah tumis:

1.Panaskan santan dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak.

2.Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia yang telah diblend. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan asam keping, garam dan budu secukup rasa. Kacau sehingga pekat.

Sambal kerisik ikan:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia dan gula merah sehingga lumat.

2. Panggang ikan sehingga masak dan diambil isinya sahaja dan ditumbuk bersama bahan di atas.

3.Goreng kepala parut tanpa minyak sehingga keperangan. Apabila sudah perang, kisar sedikit.

4. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas. Tambahkan garam. Kacau hingga sebati.

Ulam:

1. Potong halus-halus serai, bunga kantan, pucuk ketereh, dan timun. Gaul sehingga semuanya sekata.


Nasi kerabu tumis sedia untuk dimakan. Campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik dan ulam. Lagi sedap kalau ditambah ikan goreng tepung keropok atau solok lada.

Adeh, rasa lapar pula perut ni. Sedapnya pekena nasi kerabu tumis!

Selamat mencuba!

RESIPI KEK BATIK

Assalamualaikum..

Jom kita buat kek batik simple.. Huhu..



Bahan-bahan:
1 paket biskut Merry
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan air
125g butter
3/4 tin susu pekat
2 biji telur

Cara membuatnya:

1. Masukkan serbuk koko, milo, dan susu pekat ke dalam kuali.

2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan butter. Kacau lagi sehingga butter cair.

4. Masukkan pula dua biji telur. Kacau sedikit sehingga semua bahan sebati.

5. Patah-patahkan biskut merry dan susun dalam bekas.

6. Masukkan bahan yang telah di masak tadi. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek keras dan apabila keras, kek sedia untuk dimakan.



Selamat mencuba!

Tuesday, July 19, 2011

RESIPI SANDWICH TELUR BERSOS THOUSAND ISLAND

Assalamualaikum..

Jom aku kongsikan resipi sandwich yang simple ni.. *Memang setiap post untuk resipi akan ada perkataan SIMPLE sebab memang aku suka masak makanan yang simple! Hehe..

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Sos thousand island
Sos cili
Lada sulah
Buah tomato
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan lada sulah dan garam. Pukul agar semua bahan sebati.

2.Panaskan kuali. Gunakan minyak dalam kuatiti yang sedikit sahaja. Apabila sudah panas, masukkan telur tadi. Pastikan telur tersebut sentiasa dikacau supaya telur tersebut hancur.

3. Ambil sekeping roti, letakkan beberapa hirisan tomato dan seterusnya telur yang sudah dimasak tadi. Letakkan di atasnya sos cili dan sos thousand island.

4.Masukkan roti tersebut dalam sandwich maker. Ambil sekeping lagi roti, lapik di atas roti tersebut. Bakar dan sandwich sedia untuk dihidang.


Sangat best dimakan untuk breakfast.

Selamat mencuba!

Friday, July 15, 2011

RESIPI PANCAKE

Assalamualaikum..

Resipi yang akan dikongsi pada kali ini ialah pancake yang sangat senang untuk disediakan.

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 camca kecil baking powder
Garam secukup rasa
2 sudu gula

Bahan B:
1 cawan susu
1 biji telur
2 camca mentega (dicairkan)

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul bahan A dan B berasingan.

2. bila kedua-dua bahan sudah sebati, campurkan dalam satu bekas.

3. Gaul bahan A dan B bersama-sama sehingga sebati.

4. Panaskan kuali, sapu sedikit mentega.

5. Apabila kuali sudah panas, bolehlah dimasukkan adunan tadi.

6. Kalau mahu lebih sedap, bolehlah dimasukkan jem,mentega kacang, coklat atau apa sahaja perisa kegemaran apabila pancake hampir masak.




Selamat mencuba!

Tuesday, June 28, 2011

RESIPI KOKTAIL KASTARD BERKUAH

Assalamualaikum..

Hari ini terasa ingin berkongsi resipi dessert yang simple dan enak dinikmati terutamanya pada waktu tengah hari. Dessert ini dinamakan koktail kastard berkuah.

Bahan A:
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
2 camca besar gula
4 cawan air

Bahan B:
1 tin koktail buah-buahan( buah-buahan dalam tin)
Sedikit ais

Cara menyediakan:

1. Masukkan bahan A ke dalam periuk.

2. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana sehingga pekat.

3. Masukkan buah-buahan dalam tin ke dalam mangkuk.

4. Masukkan bahan A tadi ke dalam mangkuk.

5. Tambahkan sedikit ais.


sekadar gambar hiasan


* Bahan A dijadikan sebagai kuah kepada buah-buahan dalam tin.

Selamat mencuba!

Tuesday, June 21, 2011

RESIPI TRIFLE

Assalamualaikum..

Post kali ini, ingin aku kongsikan resipi Trifle yang sangat sedaaaap dan mudah disediakan.

Bahan-bahan:
Kek gulung
Tepung kastard
Gula
Susu cair
Serbuk jelly
Koktail buah-buahan

Cara-cara membuat:

1. Potong kek gulung kepada beberapa bahagian. Saiz terpulang kepada anda.

2. Susun kek gulung yag telah dipotong kecil-kecil ke dalam bekas.

3. Seterusnya, masukkan setin susu cair ke dalam periuk.

4. Tambahkan 1 tin setengah air. Gunakan tin susu cair tadi untuk memudahkan sukatan.

5. Masukkan gula secukup rasa. Kalau nak manis, lebihkan gula.(tak elok manis-manis sangat.)

6. Tepung kastard juga dimasukkan sekali sebanyak enam sudu besar. Jangan lebih-lebih, takut pekat sangat.

7. Masak bahan-bahan tadi atas api yang kecil. Kalau sehingga menjadi pekat.

8. Apabila sudah pekat, tuang ke dalam bekas yang mengandungi kek gulung yang telah disusun di dalamnya. Biarkan sejuk selama 10 hingga 15 minit.

10. Setelah hampir 15 minit, taburkan koktail buah-buahan ke atas Trifle yang separuh siap tadi.

9. Seterunsya, masak serbuk jelly. Ikut arahan pada kotak jelly tersebut.

10. Serbuk jelly yang sudah dimasak dituang ke atas koktail buah-buahan tadi.

11. Sejukkan dalam peti sejuk.

12. Apabila jelly sudah keras, Trifle sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Tuesday, November 30, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Assalamualaikum..

Heyho, tak sangka resipi yang aku ambil from one of the website that i randomly chose(forgot already)menjadi!

Resipi tu pun aku dah modified memandangkan tak semua bahan yang diperlukan ada kat rumah time tu. Yela, bukan senang mood untuk aku masak datang. So, main campak-campak jela apa yang ada. Hehe..

Ermm..

Maybe this recipe look simple, but for me..
Haih, susah maa..

Yeah, aku masak STEAK guys!

Maklumla, daging korban banyak lagi, so i took this apportunity to show my skill in cooking. Bunyi macam iron chef la pulak. Ikikikiki..
The real is, ni la first time aku masak western food.

Ingat nak ambik gambar steak yang aku masak tu, sebagai bukti. Tapi...
tak sempat nak ambik because bila hidang je,2 3 kali jeling dah habis. Iyo lah, family aku asik puji je. SODAP katanya...

Huhu.. Insya Allah, next time kalau aku masak lagi, aku ambik gambar. Baru la nampak realkan?

Thursday, May 06, 2010

my NASI GORENG



haha..ni first time ak masak nasi goreng.

ni pn gara-gara ma ak yg panggil suruh g dapur.then,dye cakap suruh ak masak nasi goreng.

ma ak gelak..apa punya anak dara nih,nasi goreng pn xpndai masak.seriously,,ak memang malas masuk dapur.hehe...

nasi goreng ak simple jer.

ni cara masak dye:

1.panaskn minyak.bila minyak da panas,masuk bawang putih yg telah dicincang halus.

2.ble bawang da jd warna keemasan sket,masukkn telur.

3.agak2 telur masak,masukkanlh kicap,sos tomato,sos tiram,garam.masuk skali sayur.

4.akhir skali,masukkan nasi.pstu kacau smpai nasi yg putih td,da jadi kaler kicap.nasi goreng td telah siap n blehlah dihidangkan.

ni la nasi goreng yg ak masak..


just a simple nasi goreng by gadis KACA MATA

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.