It's hard for me to admit it. But, i really don't believe in couples anymore. Sorry to those that have couple.
I've made a mistake before this. Maybe ONE of my biggest mistakes.
Pada aku, aku akan mencari pasangan hidup yang mampu menyayangi aku kerana agama aku serta mencintai aku seperti dia mencintai Penciptanya.
Memang aku dambakan pasangan hidup yang mampu membimbing aku mengenal agamaku. Bagiku, agamalah penentu kebahagiaan rumah tangga. Insya Allah, jika kita memilih pasangan kerana agamanya akan bahagia di dunia dan di akhirat sana.
Lelaki idaman…
Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa
"AKU AKAN MENCINTAI DIA KERANA AGAMANYA. JIKA HILANG AGAMANYA, MAKA HILANGLAH CINTAKU PADANYA"
Sunday, June 06, 2010
Thursday, June 03, 2010
Boleh pakai ke tak??

Isu pasal kasut crocks yang ada kalimah Allah agak famous sekarang ni. Dah banyak aku search pasal benda ni termasuklah blog ustaz2. Mostly yang bagi pendapat diorang cakap tak apa pakai kasut crocks ni kerana berkemungkinan orang yang buat logo tu tak berniat untuk menyamakan dengan kalimah Allah.
Aku just nak share ngan korang pasal benda ni.
Semalam aku ada minta pendapat ngan seorang member aku yang aku kira arif pasal soal agama ni. Maklumla,ayah dye tok imam n dye pulak seorang hafiz.
Ni antara perbualan aku ngan dye kat YM.
AKU : Sekarang kan heboh pasal ada kalimah Allah kt kasut crocks. So, what's ur opinion?
KAWAN : Ooo.. Psal tu... Memang betul.... Tp bukan semua yg ada tulisan tu. So kena hati2 la time beli tu..
AKU: Hmm.. Kalau dah ada mcm mana? Sy ada baca psl ni kat blog2 ada yg cakap tak apa.
KAWAN: Maksud awk tak apa pakai? Macam tu?
AKU: Yup.
KAWAN: Mana boleh.... Benda macam ni dah banyak kali dah berlaku.. Benda dah diputuskn..Mmg xboleh guna. Kalau guna jg macam menghina la. Tp kalau barang berharga... Kalau boleh disimpan.. Simpan la.. Kalau macam kasut crocks tu kena la...
AKU: O00.. Dah tu ada ustaz yg cakap tak apa. Haih,macam2 la.
KAWAN: Hahaha... Sedih.... Dia ada berlaku perbezaan pendapat... Ustaz yang kata boleh, alasannya mungkin orang yang buat benda tu tak bermaksud nak lukis kalimah Allah...Tp secara kebetulan sahaja. Bagi ustaz tu boleh la. Tapi satu pendapat lagi... Walaupun dia sengaja buat atau tak, itu dikira macam menghina. So tepuk dada tanya iman la..
Bagi pendapat aku pulak, kalau korang rasa was2 atau tak yakin nak pakai jangan pakai. Sekiranya tak nak simpan kasut tu, bakar je. Jangan buang merata-rata.
Nasib baik la kasut crocks aku cikai je. Beli kat pasaraya Bintang, RM10. Logo crocks pun tak ada kat kasut aku tu. Hahaha.. Selamat.. Boleh lagi dipakai.
*Perbualan di atas telah diubah suai mengikut kesesuaian pembaca.
Ya Allah,selamatkan mereka.
Walaupun kejadian ni telah 3 hari berlalu,namun dunia terus mengecam kekejaman Israel. Tindakan Israel menawan kapal Turki,Mavi Marwara dalam konvoi Gaza Freedom Flotilla yang disertai 663 aktivis dari lebih 50 buah negara di perairan Laut Mediterranean dianggap tidak relevan.Aku sebagai umat Islam rasa terpanggil untuk menulis entry ni. Mungkin ini adalah salah satu cara yang aku dapat lakukan bagi menyokong saudara seagama yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar kira2 10 ribu tan bantuan kemanusiaan bersama 6 buah kapal ke Gaza.
Alhamdulillah..
Warga Malaysia yang ditangkap oleh Israel telahpun dibebaskan. Tindakan Israel menahan warga Malaysia dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia. Ini kerana Israel tidak wajar melakukan tindakan sedemikian memandangkan Malaysia tidak menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan mereka. Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan Israel itu ibarat menculik warga Malaysia yang hanya ke Gaza semata-mata untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.
Syukur,Misi life Line For Gaza(LL4G) dapat diteruskan. Semoga usaha murni para peserta konvoi ini akan mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah pada janji Allah seperti dalam surah al-Fiil.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(1).Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2).Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan(3).Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;(4).Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat(5).
Semoga Allah selamatkan mereka...
Sebagai seorang muslim, sama2 kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Mungkin inilah yang mampu kita lakukan sebagai tanda membantu umat Islam di Palestin serta di seluruh dunia yang menjadi mangsa kekejaman musuh2 Islam.
Is this me??

OMG!!
Adakah ni rupa aku 2o years to go?
Kalau dihitung-hitung, 19 + 20 = 39.
Umur aku time tu 39.
Hmm...
Ok la. Not bad. Still macam sweet 17 gitu.hohoho..
Kalau ada sape2 yg nk tengok rupa diorang 20 tahun akan datang,bleh try kt sini
in20years.com
SELAMAT MENCUBA.hahaha..
Wednesday, June 02, 2010
A.L.L.E.R.G.I.C
Mata gatal. Leher gatal. Telinga gatal. Hidung gatal. Habis satu badan gatal2. Kenapa??
Ni mesti kes makan maggi + udang yg Ma ak buat td.
Padan muka!
Tp..
Aku xtau pn Ma ak masukkan udang. Time duk belek2 maggi tu baru perasan ada sekor udang kelemasan dalam maggi tuh. Haha..
Dan sekarang, rasakan penangan udang yang super duper tu!
Tapi aku kira, aku dah banyak berpantang.
Tak boleh makan tu, tak boleh ni..
Memang banyak lah tak boleh makan especially SEAFOOD.
Kalau TERmakan tu nk buat macam mana kan.
Even time aku tulis entry ni pn mata terasa gatal2. Sekali sekala terpaksa kenyit2 mata kt depan skrin lappy ni. Nasib baik la dah tak ada org nk tengok aku kenyit mata malam2 buta macam ni.
Oh!
Nk makan ubat,pastu off to bed..
Ni mesti kes makan maggi + udang yg Ma ak buat td.
Padan muka!
Tp..
Aku xtau pn Ma ak masukkan udang. Time duk belek2 maggi tu baru perasan ada sekor udang kelemasan dalam maggi tuh. Haha..
Dan sekarang, rasakan penangan udang yang super duper tu!
Tapi aku kira, aku dah banyak berpantang.
Tak boleh makan tu, tak boleh ni..
Memang banyak lah tak boleh makan especially SEAFOOD.
Kalau TERmakan tu nk buat macam mana kan.
Even time aku tulis entry ni pn mata terasa gatal2. Sekali sekala terpaksa kenyit2 mata kt depan skrin lappy ni. Nasib baik la dah tak ada org nk tengok aku kenyit mata malam2 buta macam ni.
Oh!
Nk makan ubat,pastu off to bed..
Subscribe to:
Posts (Atom)