Sunday, May 15, 2011

Mati Itu Pasti!

Assalamualaikum..

Pagi ini, aku menerima pesanan ringkas daripada roomateku di UPM. Pesanan ringkasnya berbunyi "Salam, tolong inform kawan-kawan. Ayah .................... baru sahaja meninggal pagi tadi dalam pukul 8.25 am. Sedekahkan Al-Fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...
(....dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali, sebahagian dari ayat 156: Surah Al-Baqarah)

Semoga roh arwah bapa teman ku ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kekasihNya. Amin...

Sesungguhnya mati itu pasti! Kekadang rasa takut menjengah pabila memikirkan bekalan untuk di bawa ke "sana" yang masih tidak cukup dan masih terlalu banyak dosa yang dilakukan. Sempatkah aku bertaubat sebelum datangnya ajal?

Firman Allah bermaksud:
“Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan
dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan."(Surah Ali Imran,ayat
145)

Seusai solat, doa ini tidak lekang dari bibirku..
"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah ke dalam syurga dengan iman, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang."

Oleh itu, ingatlah pesan Rasulullah ini,
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka akan terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Buat renungan untuk diriku dan teman-teman sekalian...

Sampai ketemu!

Celebrity Collage by MyHeritage

Assalamualaikum..

See... Muka aku ada iras siapa??

Haha...

Paling aku suka, Bae Yong-Jun!

Sampai ketemu!

Tiga Kali Seminggu

Assalamualaikum..

"Tiga Kali Seminggu". Tajuk yang sangat catchy yang dipilih oleh Dr. Faisal Tehrani.


Ini adalah buku yang sedang dibaca sekarang. Masih dalam proses mengkhatamkannya..
Buku yang setebal 198 muka surat ini menghimpunkan 15 cerita pendek yang semuanya menarik (berdasarkan tajuknya).

Nantikan komen aku seterusnya untuk buku ini.

Sampai ketemu!

Saturday, May 14, 2011

CANTIK

Assalamualaikum..

Saya cantik! Awak cantik! Dia cantik! Mereka cantik! Ya, semua cantik!

Cantik itu subjektif bukan?? Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza apabila bercakap mengenai kecantikan. Patutlah bila aku cakap sesuatu itu cantik, belum tentu kawan-kawan akan bersetuju dengan aku.

Jadi, apa kaitan entri aku kali ini dengan diri aku? Banyak kaitannya. Memang banyak!
Apabila melihat foto kawan-kawan di Facebook, rupanya mereka semua cantik-cantik belaka. Tapi, apa guna cantik kalau tidak tahu memeliharanya daripada menimbulkan fitnah dunia?

Apabila membaca komen kawan-kawan terhadap foto mereka.. " Comellah awak ni" , "Cutenya" , " Untung awak, cantik.." , dan macam-macam lagi. Adakah itu tujuannya meletakkan foto-foto dari angle yang sangat menarik perhatian terutamanya lelaki.



Bagaimana pula bagi yang kurang menyerlah kecantikannya? Sabar teman-teman..
Cantik itu mungkin hanya sementara, kerana cantik itu akan pudar apabila tiba masanya.
Peganglah kata-kata ini, "Allah tidak memandang rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang niat dan amalan kamu."

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana setiap satu daripadanya adalah nikmat kurniaan Allah. Jangan sesekali menyalah gunakan nikmat kecantikan yang Allah kurniakan. Tentukanlah sendiri bagaimana untuk memelihara kecantikan itu. Tepuk dada, tanya iman.

"InnaAllaha jamal, wa yuhibbul jamil"

You are beautiful


Sampai ketemu!

Tuesday, May 10, 2011

Cuti Empat Bulan

Assalamualaikum..

Lama sungguh cuti semester kali ini!
Empat bulan?? Mau buat apa empat bulan itu?

Ikutkan perancangan, macam-macam yang mahu dibuat. Praktikal di SPCA Ampang (cuma seminggu), praktikal di Klinik Haiwan & Surgeri Mesra, Bangi (seminggu juga), ambil lesen kereta dan motor, menjadi cikgu untuk adik-adik yang akan menghadapi UPSR dan PMR, dan banyak lagi. Oh ya, lupa pula. Hajat di hati nak bekerja. Tapi.... Ah, mencari alasan pula aku!

Hakikatnya, bukan aku mencari alasan. Cuma adakah Abah akan mengizinkan anak gadisnya ini bekerja? Ikutkan sejarah kakak-kakak ku, tak pernah Abah izinkan mereka bekerja. Agak mustahil Abah benarkan aku.

Mungkin juga ada teman-teman yang ingin bekerja bersama. Hmm.. Munirah? Ain?
Pulang ke Kelantan nanti, harus cepat-cepat ketemu mereka. Ajak mereka bekerja bersama. Mungkin dengan adanya mereka, Abah benarkan aku bekerja.

Iyalah. Masakan cuti empat bulan hanya mau duduk di rumah. Sekurang-kurangnya jika aku bekerja, ada juga wang tambahan. Memang duit biasiswa kudapat, tapi eloknya jangan diguna. Takut nanti, masuk semester baru, wang biasiswa untuk belanja di kampus tidak cukup.

Oh, masa untuk makan!

Sampai ketemu!

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.