Saturday, February 04, 2012

LAHIRNYA INSAN TERAGUNG

Assalamualaikum..

12 Rabiul Awal tahun Gajah lahirlah seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah.

Itulah tarikh keramat di mana lahirnya Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah kekasih Allah dan merupakan rasul terakhir yang diutuskan. Sebab itulah kita sekarang dipanggil umat akhir zaman kerana tiada lagi rasul yang akan lahir selepas Rasulullah.

Hari ini, 4 Februari 2012 yang bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H mengungkap kembali peristiwa kelahiran baginda. Jadi, bersempena hari kebesaran ini, ayuhlah sama-sama kita semarakkan lagi sambutan memperingati kelahiran yang penuh bermakna ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

Bukan itu sahaja, sebagai umat yang mengasihi Rasulullah, kita seharusnnya mempraktikkan sunnah baginda. Memetik satu hadis baginda,

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan masuk syurga bersamaku"




Banyak sunnah yang boleh kita amalkan dan ianya tidak terbatas mengenai hal-hal ibadat sahaja. Antara sunnah-sunnah Rasulullah adalah makan menggunakan tangan, menunaikan solat Dhuha, meminum susu kambing, dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan kehidupan seharian kita meliputi sunnah Rasulullah. Ini kerana kegiatan harian Rasulullah adalah seperti manusia biasa. Baginda tidak pernah merasakan dirinya maksum. Tiap-tiap ketika baginda akan memohon keampunan daripada Allah walhal jaminan syurga telah dijanjikan kepadanya.

Teringat aku mengenai cerita di saat kewafatan Rasulullah. Sebelum nyawanya dicabuT malaikat Izrail, baginda sempat menyebut "ummati, ummati, ummati" yang bermaksud ummatku sebanyak tiga kali. Walaupun di saat pengakhiran nyawanya, Rasulullah masih lagi mengingati ummatnya. Betapa sayangnya Rasulullah pada kita semua!

Baginda sangat bimbang tentang keadaan ummatnya apabila baginda tiada lagi di dunia. Namun, adakah kita menyayangi baginda sepertimana baginda menyayangi kita? Muhasabah diri masing-masing sempena hati mengingati peristiwa kelahiran Rasulullah ini.

Sentiasalah mengingati Rasulullah di saat kita masih dikurniakan kudrat untuk hidup di dunia ini dan semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak. Sesungguhnya dunia adalah persinggahan dan akhirat itu kekal abadi.

Aku sangat merinduimu Ya Rasululllah!



Hayati bait-bait lirik ini..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Rasulullah, nyanyian Hijjaz


p/s : Salah satu buku favourite aku, Syamail Muhammad SAW. Kini buku tersebut telah berada dalam koleksi aku. *smiley*

BELAJARLAH BERTERIMA KASIH

Assalamualaikum..

Waktu sekarang sudah melewati waktu tidur aku. Entah mengapa mata ini sukar untuk dilelapkan.
Rasanya mungkin aku rindu untuk menulis. Maklumlah, sepanjang berpraktikal aku tidak mampu beronline disebabkan aku yang enggan membawa laptop bersama.

Mungkin waktu yang ada ini sebelum ke tempat praktikal seterusnya dapatlah aku gunakan untuk mencurah idea-idea yang tersimpan.

Semalam (memandangkan waktu ini sudah masuk hari baru) aku banyak mendapat pertolongan. Dari IVM ke Kluang, dari TBS ke Bangsar.. Jadi, aku harus berterima kasih kepada yang sudi membantu.


Kekadang terfikir juga aku. Sudah banyak terhutang budi pada orang. Mampukan aku membalasnya? Hanya ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga dapat aku berikan. Mungkin dengan cara sebegini aku dapat mengekspresikan penghargaan aku di atas pertolongan mereka.

Terlintas juga di fikiran aku mungkin ada yang merasakan aku mengambil kesempatan melalui persahabatan ini. Maaf andainya ada yang menyesali perkenalan kita. Tapi, tidak langsung terniat di hati untuk melakukannya. Adakan ini hanya mainan perasaan aku atau sememangnya realiti?

Hanya orang melalui sutuasi ini yang mempunyai jawapannya. Maaf sekali lagi kupinta dan hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian.

Monday, January 30, 2012

PRACTICAL

Assalamualaikum..

Maaf atas keterbatasan aku menulis di sini untuk beberapa ketika.

Kekangan alat elektronik untuk beronline di tempat practikal sedikit sebanyak mengurangkan mood untuk menulis.

Sampai ketemu!

Thursday, January 26, 2012

Dunia yang Menipu

Assalamualaikum..

..Tiada kesenangan di dunia melainkan kekayaan yang menipu..

..Oleh itu, jangan mudah tertipu dengan dunia..

"Renung-renungkan dan Selamat Beramal"

Tuesday, January 24, 2012

Husnu dzon

Assalamualaikum..

Selamat pagi rakan-rakan blogger sekalian? Apakah aktiviti hari ini?

Hmm..

Rassanya belum terlambat untuk wish GONG XI FA CAI buat rakan-rakan yang meraikannya.

Bersangka baik.
Itulah yang dimaksudkan dengan husnu dzon.

Walau di mana kita berada, sentiasalah bersangka baik. First impression kita pada seseorang bukan penentu personaliti mereka. so, that is why, we can't judge the book by its cover. Sebaiknya, cubalah berkenalan terlebih dahulu.

I really like to make new friend. Ikatan ukhwah yang aku bina akan aku pertahankan sampai bila-bila hingga sampai ke syurga. Islam sangat menyukai orang yang suka berkenaL-kenalan. Tapi, sedikit masalah yang berlaku kepada aku. Aku agak sukar untuk menjadi ramah mesra dengan orang baru. Ramai yang menganggap aku sombong apabila kali pertama bertemu. Tapi hakikatnya aku bukan begitu. Aku cuba hapuskan persepsi sedemikian. dan sehingga sekarang aku masih lagi mencuba. Semoga Allah permudahkannya..

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Pesan buat diri sendiri dan untuk rakan-rakan sekalian, janganlah kita sesekali menghakimi seseorang kerana kita sememangnya tidak layak berbuat sedemikian. Hanya Allah berhak menilai siapa kita kerana baik buruk seseorang dinilai dari sifat mahmudah dan sifat mazmumah mereka.

Sampai ketemu!

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.