Thursday, August 09, 2012

Tak Layak

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi.

Pernah aku terserempak di kolej tempat aku tinggal di UPM, seorang lelaki membawa seorang gadis untuk keluar makan. Katanya mahu belanja atas dasar kawan. Tapi, bagi aku jika seseorang lelaki berani membawa anak gadis orang pada waktu malam berdua-duaan tidak layak untuk dijadikan Imam yang bakal mengemudi bahtera rumah tangga.

Seperkara lagi, tidak manis sekiranya seorang lelaki menumpangkan anak gadis menaiki kereta berdua-duaan. Takut nanti timbul fitnah.

Maafkan aku jika tulisan ini sedikit kasar untuk mu wahai lelaki. Tapi, aku sekadar ingin berkongsi agar menjadi peringatan dan pengajaran kepada kita semua.

Kepada gadis-gadis, jangan terlalu mudah untuk menerima pelawaan lelaki untuk makan bersama walaupun atas dasar kawan apatah lagi pada waktu malam.

Bila berdua, pasti ada yang ketiga. Siapa yang ketiga, tentulah syaitan.

Sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini, lebih baik kita beringat.

Sekali lagi aku tegaskan. Tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian dan tidak berniat untuk mengguris hati sesiapa. Maaf jika ada yag terasa. Tepuk dada, tanya Iman.

Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua puluh kita berpuasa. Bagaimana dengan ibadah kita semua?? Semoga rakan-rakan sekalian terus meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.

Sepuluh malam terakhir yang bakal ditempuh semoga kita berjaya mengejar malam Lailatul Qadar seterusnya dipertemukan pada malam yang penuh bermakna itu.


.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.