Monday, November 05, 2012


AKU YANG BERSALAH

Kenapa meletakkan diri sendiri  pada situasi yang memudaratkan diri sendiri? Itulah jiwa remaja, jiwa yang memberontak, jiwa yang naïf dalam mencari definisi kehidupan.

Sepatutnya, langkah itu tidak harus di ambil. Aku menyesal. Kukumpulkan kekuatan untuk menebus kesalahan itu. Ya, salah aku! Aku yang mencari masalah itu!

Salah bila akal ini tidak diguna pakai dan  sebaliknya bertindak mengikut nafsu dah perasaan sendiri. Ampunilah aku yang Allah.

Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna. Masihkah ada ruang untuk aku memperbaiki  kesilapan ini. Inikah harga yang harus kubayar atas kesilapan terburu-buru ini?

Hati kini menangis, menagis dan menangis.. Tapi tangisan yang tiada guna. Apa yang mampu dilakukan sekarang ialah memohon pertolongan dari-Nya. Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, ampunilah hambamu ini. Tutuplah ruang hati ini untuk perkara tersebut dan sediakan ruang seluas-luasnya untuk Kau berada dihatiku,



"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)





Thursday, October 04, 2012

Menikmati Alam Ciptaan-Nya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu aku berkesempatan untuk pergi ke Bukit Broga bersama-sama beberapa org rakan yang lain.







Thursday, August 09, 2012

Tak Layak

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi.

Pernah aku terserempak di kolej tempat aku tinggal di UPM, seorang lelaki membawa seorang gadis untuk keluar makan. Katanya mahu belanja atas dasar kawan. Tapi, bagi aku jika seseorang lelaki berani membawa anak gadis orang pada waktu malam berdua-duaan tidak layak untuk dijadikan Imam yang bakal mengemudi bahtera rumah tangga.

Seperkara lagi, tidak manis sekiranya seorang lelaki menumpangkan anak gadis menaiki kereta berdua-duaan. Takut nanti timbul fitnah.

Maafkan aku jika tulisan ini sedikit kasar untuk mu wahai lelaki. Tapi, aku sekadar ingin berkongsi agar menjadi peringatan dan pengajaran kepada kita semua.

Kepada gadis-gadis, jangan terlalu mudah untuk menerima pelawaan lelaki untuk makan bersama walaupun atas dasar kawan apatah lagi pada waktu malam.

Bila berdua, pasti ada yang ketiga. Siapa yang ketiga, tentulah syaitan.

Sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini, lebih baik kita beringat.

Sekali lagi aku tegaskan. Tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian dan tidak berniat untuk mengguris hati sesiapa. Maaf jika ada yag terasa. Tepuk dada, tanya Iman.

Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua puluh kita berpuasa. Bagaimana dengan ibadah kita semua?? Semoga rakan-rakan sekalian terus meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.

Sepuluh malam terakhir yang bakal ditempuh semoga kita berjaya mengejar malam Lailatul Qadar seterusnya dipertemukan pada malam yang penuh bermakna itu.


Friday, July 20, 2012

RAMADHAN 1433H

Assalamualaikum..

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan 1433H

Selamat Berpuasa kepada seluruh saudara Islamku walau di mana pun kalian berada.

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan kali ini.

Perbanyakkan amal ibadah sepanjang Ramadhan ini dan semoga terus istiqomah untuk bulan-bulan yang akan datang. Jadikan Ramadhan ini Ramadha terbaik untuk kita semua. Ikhlaskan diri dalam setiap perkara yang dilakukan dan lakukanlah kerana ALLAH. Semoga kita diberi ganjaran pahala dari-Nya. Ameen..

Thursday, July 19, 2012

UNDER CONSTRUCTION

Assalamualaikum..


THIS BLOG IS UNDER CONSTRUCTION

SORRY FOR THE INCONVENIENCE

WE WILL BE BACK SOON.

:)

Saturday, July 14, 2012

Ready ke Nak Kawin??

Assalamualaikum..

Apakah jawapan anda jika di tanya soalan ni?

"Bila nak kawin. Dan ada calon ke?

Wednesday, July 11, 2012

Aku Tertawan


Awak,
Awak buat hati saya tertawan kat awak.
Agama awak, peribadi awak, rupa paras awak,
Semuanya cukup indah bagi saya

Awak,
Hendak saja diluahkan perasaan ini kat awak,
Tapi saya takut,
Saya takut sebab saya tak bersedia,
Saya takut sebab saya rasa saya tak layak uttuk awak,
Saya takut nanti awak cakap saya ni “perigi cari timba”
Saya takut, saya tak kuat!

Awak,
Jika awak juga mempunyai perasaan yang sama,
Berdoalah,
Berdoalah agar kita disatukan


Ya ALLAH,
AKU MEMOHON KEPADAMU,
KURNIAKAN AKU JODOH YANG BAIK
JIKA DIA ADALAH JODOHKU
TAUTKANLAH HATI KAMI DENGAN IKATAN YANG SAH


Monday, June 25, 2012

Fashion disaster.


Assalamualaikum..

I'm really admirer people who are good in fashion.

But, I'm sorry. My fashion is disaster. Don't ever ask me about fashion please.

Sayonara 2nd year!


Alhamdulillah, the end of 2nd year.



"Its not the destination, but the journey that counts"

Thursday, May 31, 2012

trust NO one

Assalamualaikum..

We should trust no one because no one can be trust


Friday, May 11, 2012

:)

Assalamualaikum..




Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyummu menawan
Kau buat hatiku tertawan 

:)

P/s : this is just a song. 

Wednesday, May 09, 2012

KERANA ITU JODOH

Assalamualaikum..



Mencintai "si dia" bukan kerana paras rupanya dan bukan juga kerana statusnya. Apa yang lebih penting, mencintai dia kerana agamanya, kerana akhlaknya dan juga kerana ilmunya.


Meletakkan kriteria-kriteria tertentu dalam mencari pasangan haruslah berpada-pada. Jangan terlalu pentingkan  kesempurnaan kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Allah. 


Namun tidak salah sekiranya menjadikan kelebihan pasangan yang dicari sebagai indikator penting dalam membina mahligai impian. Seharunsya kelebihan pasangan itu dijadikan sandaran bagi melengkapi kekurangan diri sendiri.




Sentiasalah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan semoga pasangan kita juga adalah yang terbaik untuk kita.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [al-Nur,26]


Yakinlah pada jodoh yang Allah telah tetapkan untuk kita. Namun begitu, sentiasalah berusaha untuk mendapatkan "si dia" yang diimpikan. Pada masa yang sama, persiapkan diri untuk menerima kehadiran "si dia" walau hakikaktnya tidak seindah yang diimpikan.
Setiap sesuatu tidak datang bergolek, tetapi berkat usaha yang gigh Insha Allah akan membuahkan kejayaan


"AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMAMU, JIKA HILANG AGAMAMU, 
 MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"





Sunday, April 29, 2012

I MISS YOU

Assalamualaikum..

Rindu, aku rindu padamu.

Siang malam ku asyik mimpikan dirimu.



Oh ibu,
Anakmu sangat merinduimu.

Aduh, lambatnya cuti semester ni.
Perasaan rindu ini membuak-buak untuk balik kampung dan bertemu orang-orang tersayang.

Jom layan lagu Maher Zain.
Khas buat bonda tercinta.
I MISS YOU


Tuesday, April 24, 2012

SESUATU YANG TAK PERNAH SUDAH

Assalamualaikum..

Mood untuk mencatatkan sesuatu di sini akhirnya datang juga. Agak sedikit kecewa dengan diri sendiri yang manis menabur janji, akhirnya dimungkiri. Janjinya mahu sentiasa update blog, tapi malangnya kutinggalkan blog ini kesepian. Diharap kalian mengerti situasi aku. Lpatop yang rosak, membataskan aku untuk mengakses internet dan ditambah pula kesibukan hidup seorang pelajar.

Terasa pantas jari ini mengetuk papan kekunci laptop. Perkongsian yang ringkas ini diharap dapat mengembalikan kita kepada lumrah seorang hamba yang semakin hanyut dibuai arus dunia.

Sesuatu yang tak pernah sudah. Rungkaikan "sesuatu" yang aku cuba perkatakan di sini. Sebagai seorang hamba kerdil yang hidup di atas dunia pinjamannya, sedarkah kita bahawa tangggungjawab yang di amanahkan adalah sangat besar. Meletakkan Dia sebagai pemilik segalanya menjadikan kita sebagai hamba yang harus sentiasa memanjatkan rasa syukur padaNya. Berdoa dan menunaikan ibadah adalah tanda syukur kita padanya yang telah menghidupkan kita haruslah sentiasa dilaksakan dan ianya TIDAK PERNAH SUDAH.

Teman-teman, jadikanlah Dia sebagai yang pertama dan tertinggi kerana Dialah Yang Maha Berkuasa.

Monday, April 02, 2012

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL

Assalamualaikum..

Banyak antara kita yang lupa, kadang-kadang ucapan salam dianggap asing untuk disampaikan pada setiap orang. Mungkin perkataan yang biasa diungkapkan ialah "Bye" atau apa sahaja ucapan yang dianggap terlalu mudah untuk keluar dari mulut.

Mungkin, selepas ini kita harus biasakan diri memberi salam dan kurangkan bercakap perkataan yang sia-sia. Adalah lebih baik diam daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia.

Latih diri untuk menjadi lebih baik kerana seharusnya hari ini seharusnya lebih baik dari semalam dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini.

Sampai ketemu!

Monday, March 19, 2012

Jaga Batas Pergaulan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Vet Sport 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Berkat kerjasama dan komitmen semua orang majlis penutup berjalan dengan lancar.

Seronok aku melihat gelagat raka-rakan bersukan. Semuanya menunjukkn minat dan kesungguhan. Namun aku sedikit kecewa bila ada yang tidak peka dan sensitif mengenai batas antara lelaki dan perempuan. Walaupun kita bersukan, jangan ambil mudah mengenai perkara ini. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan dan juga tidak menutup aurat dengan sempurna bukanlah perkara remeh yang harus diabaikan.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.[1]

Semoga kita semua akan lebih peka mengenai perkara ini. Peringatan untuk diri sendiri dan raka-rakan bloggers sekalian.

Oh, I have to stop here. Need to study for the coming test.

Sampai ketemu.




Wednesday, March 07, 2012

Hate me not!

Assalamualaikum..

Yes, exactly! I don't expect everyone will like me. I am just a normal human being. I am not perfect. So, if You think You are better than me, just go on with Your life. Please, please, please don't stab my back and don't complaining about me to others.

Semoga Allah memberi hidayah kepada Anda!

Saya baik-baik saja untuk memaafkan awak.

p/s ; its not nice to mention your name here. Let it be the secret between you, me and Allah.

Wednesday, February 22, 2012

If..

Assalamualaikum..

-
-
-
-
-
-
If I could turn back time........

Saturday, February 18, 2012

MANUSIA HANYA MERANCANG

Assalamualaikum..

Oh, malam yang sungguh sepi. Aku masih lagi bersengkang mata di hadapan komputer riba ini. Kononnya mahu siapkan report. Sambil itu, jenguk dulu blog sendiri sambil memikirkan idea untuk menulis report. Nasib ada kamu wahai blog! Bisa juga kamu menjadi temanku di malam-malam hari sebegini.

Nampaknya aku sudah jauh terpesong dari tajuk entri ini. Ok, back to reality. 

Kata orang " manusia hanya merancang, Allah yang menentukan". Ya, itulah realitinya. Walau sehebat mana perancangan manusia, namun jika tanpa kehendakNya semuanya tidak menjadi seperti yang dirancang.

Begitulah juga dengan kehidupan kita. Rasanya sudah elok dibuat perhitungan baik dan buruk. Tapi,kadang-kadang kita tidak dapat melawan takdir.

Siapa harus dipersalahkan? Diri sendiri atau ...... 

Ah, usah pertikaikan perancangan Allah! Semuanya dirancang dengan cukup baik sekali. Redhalah dengan kehendaknya.

Siapa kita untuk mempertikaikannya? Sesungguhya Allah adalah pencipta kita dan dia Maha Mengetahiu tentang tiap sesuatu.

Wednesday, February 15, 2012

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak kongsikan resipi untuk membuat kek tiramisu.

Bahan-bahan:
1 biji kek (apa sahaja jenis kek)
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko

Cara membuatnya:
1. Bancuh nescafe dengan air panas.
2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
3. Potong kek kepada 2 bahagian. Potong nipis-nipis dan susun di dalam bekas.
4. Tuang separuh daripada bancuhan nescafe ke atas kek.
5. Seterusnya tuang adunan #2 ke atas kek. Taburkan serbuk koko di atasnya.
6. Ulang langkah 3 hingga 5.
7. Akhir sekali hias kek mengikut cita rasa masing-masing.

Tadaa.. Inilah hasilnya. Simple but yummy!



Monday, February 13, 2012

SYUKUR

Assalamualaikum..


Allhamdulillah!

Sungguh. Aku bersyukur dengan nikmat kehidupan ini.

Walaupun tidak dilimpahi kemewahan, tapi segalanya elok-elok saja.

Saudara-saudaraku di luar sana, masih ramai yang hidup serba kekurangan.

Pejam mata seketika, fikirkan kehidupan kita selama ini. Apakah hari esok nikmatnya lebih baik atau sebaliknya?


Saturday, February 11, 2012

TIADA TAJUK

Assalamualaikum..


Bukan semua orang boleh terima kita sebagaimana yang mereka kehendaki. 

Aku cuba jadi yang terbaik untuk semua orang. Tapi kekadang disalah tafsir.

Aku cuba lakukan yang terbaik. Tapi kekadang disalah erti.

Aku cuba gembirakan semua orang. Tapi, kekadang aku gagal!


Entah mengapa, hati ini sayu saat diri disia-siakan.


Tapi aku tahu, Allah sentiasa bersama!

Monday, February 06, 2012

APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?



Perkongsian dari: http://drmaza.com/home/?p=1729
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.
 Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.
Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.
Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.
Anti-Cinta
Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.
Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.
Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.
Jatuh Cinta
Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)
“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)
Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.
Rayuan Cinta
Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:
“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.
Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?
Dua Kekasih
Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).
Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.
“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).
Haram
Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?
Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!

CINTA SONGSANG

Assalamualaikum..


Cinta songsang semakin songsang! Banyak kes mengenai cinta kaum sejenis yang berlaku akhir-akhir ini. Di mana tamadun manusia hari ini yang kononnya berminda kelas pertama? 


"Saya gay, saya ok!"


Menggeleng-geleng aku mendengar pengakuan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki di youtube. Seorang Melayu yang pastinya seorang Islam sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Di mana agama anda wahai saudara? Mustahil anda sejahil itu! Tidak takukkah anda dengan laknat Allah. Hayatilah peringatan Allah di dalam Al-Quran:


“Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”


Rasulullah juga pernah bersabda:


Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda 
mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 
7337]


Aku tidak mahu sempitkan tulisan ini hanya dengan memfokuskan kepada golongan gay. Golongan lesbian juga tidak terkecuali dari konteks perbuatan homoseks. Lebih jelas lagi, hubungan sejenis.






Sesungguhnya pelaku homoseks boleh dijatuhi hukuman yang berat. Dosa homoseks adalah lebih besar dari perbuatan zina antara lelaki dan perempuan. Berdasarkan satu hadis Rasulullah:


Hadits riwayat Ibn Abbas : “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. [ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124].


Kembalilah ke jalan yang benar wahai pelaku homoseks. Bertaubatlah sebelum pintu taubat untukmu ditutup. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
(Yaasin: 36)





Sunday, February 05, 2012

PANDUAN MENCARI JODOH YANG BAIK


Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi dalam proses mencari pasangan hidup, kita dibenarkan untuk merisik pasangan hidup kita. Sebenarnya merisik dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk lelaki yang mahu mencari bakal isteri..
(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasak-masaknya untuk menyuntingnya.
Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.
(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk wanita yang mahu menerima cinta lelaki..
(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerana aurat suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri.
(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Saturday, February 04, 2012

PERANCANGAN

Assalamualaikum..

"If you fail to plan, you plan to fail"



Memang, kita merancang untuk gagal sekiranya kita gagal merancang!

Perancangan yang betul akan membuahkan kejayaan. PERCAYALAH!

YOU DESERVE TO GET WHAT YOU WANT IF YOU PLAN WISELY.

Jadikan diari sebagai medium untuk merancang kehidupan.




Kehidupan yang terancang mampu menjadikan kita manusia biasa yang bertindak secara luar biasa.

BELIEVE THE POWER OF PLANNING!

Bidadari Dunia – Jangan Lembik. Binalah Kekuatan!


Posted by:  Posted date: February 03, 2012 In: Sisters | comment : 10

 Satu perkara yang sering saya perolehi apabila membuka peluang kepada para wanita mengutarakan soalan adalah, permasalahan dalam percintaan. Pelbagai situasi, tetapi boleh dikatakan majoritinya mempunyai masalah yang sama.
Terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.
Saya amat memahami bahawa perempuan biasanya mempunyai jiwa yang lebih lembut berbanding lelaki. Bukanlah penulisan kali ini adalah untuk kita menafikan itu semua. Tetapi adalah untuk mengajak kita membina sebuah kerangka prinsip, pemikiran untuk menggunakan kelembutan itu pada tempat yang sepatutnya.
Bukanlah semua tempat perlu kita lembutkan hati kita.
Dan semestinya, bukanlah di semua tempat perlu kita keraskan jiwa kita.
Merasa diri itu mahal.
Satu saya suka untuk saudari-saudari saya punyai adalah ‘merasakan diri mereka mahal’. Saya sentiasa percaya bahawa perempuan adalah mahal. Maka kerana mahalnya perempuan ini, saya sentiasa memandang bahawa mereka adalah makhluk yang terhormat. Kerana itulah saya yakin, Islam menjaga perempuan pada tahap yang tertinggi sekali.
Pada zaman perempuan banyak menjadi hamba dan simbol seks, Islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita dan menjadikan mereka terhormat di sisi lelaki.
Maka semestinya, perempuan sendiri yang perlu memilih. Apakah mahu mengambil jalan kehormat ini, atau mahu kekal menjadi ‘murah’? Kerana jelas, Islam bukan satu agama paksaan. Islam adalah jalan hidup pilihan. Pilih Islam, begini dan beginilah yang perlu diikuti. Kita akan dapat kesannya, balasannya, ganjarannya. Pilih selain Islam, begitu dan begitulah yang akan terjadinya. Kita akan terkena kesannya, akibatnya, balasannya.
Sekiranya memilih untuk hidup dalam penghormatan, maka perlulah merasakan bahawa diri itu terhormat, mahal.
Jangan mudah-mudah sahaja membuka hati untuk semua orang.
Lebih-lebih lagi untuk yang tidak diketahui asal usulnya. Dari alam maya contohnya. Yang suka-suka sahaja mengorat kita di tengah jalan. Yang tidak pun melamar kita dari pintu hadapan(ibu bapa). Jangan.

Maka binalah prinsip yang jelas dalam berperasaan.
Saya menjumpai di dalam hidup ini dua jenis perempuan.
Satu yang terlalu mudah sangat menerima.
Kedua yang terlalu sukar sangat membuka hati.
Kedua-duanya tidak elok. Saya melihat permasalahan ini berpunca daripada tiadanya prinsip yang jelas dalam urusan perasaan. Di sinilah kita perlu melihat semula prinsip kita. Apakah prinsip kita?
Soalan pertama yang perlu ditanya adalah – Apakah kita punya prinsip?
Selepas itu baru kita melihat, bagaimanakah prinsip kita.
Sepatutnya di dalam diri kita, sudah ada penggarisan – lelaki yang bagaimana ingin kita jadikan suami?
Daripada penggarisan itulah kita hanya membuka jiwa kita kepada yang selayaknya. Untuk menjadikan perkara ini realistik, maka janganlah meletakkan level yang terlalu tinggi. Hendak seperti Nabi layaknya, Malaikat contohynya, nyata itu hanya menyukarkan keadaan. Perlu difahami bahawa perkahwinan, rumah tangga itu adalah mutualisme, yakni perlu lengkap melengkapi. Maka letakkanlah level yang sederhana, pada masa yang sama kita juga mempertingkatkan diri kita, akhlak kita, rohani kita, minda kita.
Ciri lelaki sahaja tidak mencukupi. Perlu letakkan di dalam diri kita penggarisan – Maruah Seorang Aku.
Yang ini, letakkanlah di level yang tinggi sedikit. Maruah, semestinya tidak patut diletak rendah.
Maka apakah anda ini bermaruah sekiranya dengan mudah menerima lamaran ‘lelaki soleh’ yang dikenali semata-mata di dalam ‘Facebook’? Tidak. Jangan letakkan level maruah anda sedemikian. Letakkan tinggi lagi. Yang melamar anda mestilah jelas identitinya, bertemu dengan kedua ibu bapa/penjaga anda. Yang jelas latar belakangnya.
Apakah anda ini bermaruah sekiranya membenarkan diri di’test’ terlebih dahulu? Dilayan sudah seperti isteri, kemudian baru berkira-kira hendak diambil sebagai isteri yang sah? Jangan. Sesekali jangan. Letakkanlah level itu tinggi lagi. Yang ingin menjadikan anda isteri mestilah yang ada maruah juga. Bukannya yang senang-senang sorong anak dara orang ke hulu-hilir. Yang ada peribadi. Walau tidak menghafal 30 juzu’ Al-Quran, tidak hari-hari qiamullail, tetapi punya adab dan kesopanan yang baik.
Dan apa yang paling penting, setkanlah juga di dalam diri itu perkara ini – Segala apa berkenaan urusan percintaan dan perkahwinan diri aku, mesti Ibu Bapa aku tahu.
Ya. Ini semua untuk menjaga diri kita dari membuat keputusan yang silap. Bukanlah saya mahu katakan yang ibu bapa 100% betul. Tetapi bila adanya pandangan daripada yang lebih tua, kita akan dapat satu pandangan lain untuk menimbang pandangan-pandangan kita. Kita tidak pernah tahu bila kita akan terlalu mengikut perasaan sangat.
Begitulah. Saya melihat, saudari-saudari saya perlu mempunyai perkara ini. Untuk menjaga diri anda juga agar tidak terjebak dengan sebarang penipuan, sebarang keburukan, dosa dan maksiat.
Memandangkan hati kita ini lembut, maka semestinya perlukan penjagaan yang rapi, bukan?
Maka inilah dia penjagaannya.
Perlu ada prinsip yang jelas.
Gariskan prinsip anda.
Jangan terlalu mudah menerima!

Tetapi jangan sampai terlalu ekstrem.
Biasa melihat perempuan yang meletakkan bakal suaminya mestilah yang rajin qiamullail, yang hafal 30 juzu’ Al-Quran, dan sebagainya?
Saya tidak mahulah kata ini nasihat saya, tetapi apa yang saya bakal nyatakan ini adalah nasihat daripada bapa saya. Dahulu, saya juga begitu. Mahu isteri yang hafal Al-Quran 30 juzu’, mahu yang mengaji agama dan sebagainya. Tetapi bapa saya menasihati saya:
“Jangan letak level tinggi sangat. Bersederhanalah.”
Ya. Bersederhanalah. Ketahuilah bahawa di dunia ini tiada yang sempurna sebenarnya. Saya sentiasa berfikir akan nasihat bapa saya itu, dan saya dapat menyelami kebenarannya.
Sekiranya kita mampu bersederhana dalam meletakkan level bakal pasangan kita, insyaAllah kita mampu bahagia. Kerana, bila level yang kita letakkan itu sederhana, maka apabila dia ‘lebih’ baik, itu sudah jadi bonus buat kita. Sekiranya dia nanti ‘ada’ kelemahan, maka kita nyata telah bersedia kerana kita letakkan level yang sederhana untuknya sebelum ini.
Tetapi, sekiranya kita letakkan level yang terlalu tinggi, hendak dapat pasangan pun belum tentu. Keduanya, manusia ini nyata akan ada cacatnya. Nanti bila kita nampak kecacatannya, kita akan rasa – ini bukan macam yang aku mahu! Dan seterusnya akan membawa kepada masalah dalam rumah tangga pula.
Maka, prinsip kita, janganlah sampai terlalu ekstrem.
Sederhana.
Biar sesuai dengan realitinya sebuah dunia.

Penutup: Biar keimanan memandu perasaan.
Sebab itu akhirnya, saya menyeru kepada saudari-saudari saya agar perkukuhkan kefahaman berkenaan agama Allah SWT. Sentiasalah bersama-sama dengan wanita solehah yang anda kenali. Duduklah di dalam suasana yang membawa hati dan diri itu lebih mendekati Allah SWT.
Dari situ, anda akan dapat menghayati kehidupan ini dan mempunyai prinsip yang jelas.
Hingga apabila sampai waktunya untuk anda membuat pilihan, sampai masanya ada yang melamar anda, sampai ketikanya ada yang ingin mendekati anda, menyentuh jiwa anda, maka anda punya prinsip itu untuk menjaga anda di atas jalan yang selamat.
Anda akan sentiasa pulang kepada Allah SWT, sebelum membuat keputusan. Cinta anda, perasaan anda, dipandu keimanan. Barulah ketika ini istikharah itu terasa berkesan, doa itu terasa berfungsi, dan rintihan anda kepada Ilahi itu terasa didengari.
Saya sentiasa melihat, perempuan itu mahal.
Tetapi apalah yang saya boleh lakukan?
Solusinya, perempuan sendirilah yang perlu merasa dirinya mahal. Perempuan sendirilah yang perlu menjaga diri mereka.
Saya, seorang lelaki ini, hanya mampu memberikan pandangan dan idea semata-mata.
Janganlah terlalu lembik. Binalah kekuatan.
Janganlah terlalu ekstrem. Binalah kesederhanaan.
Semoga saudari-saudari saya lebih terjaga, lebih bahagia.
InsyaAllah.
Mari Menjadi Hamba, wahai bidadari dunia!

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.