Sunday, June 27, 2010

Al-Fatihah

Jumaat, 25 Jun 2010.

4 Petang...

My mom mendapat panggilan daripada abah yang berada di Hospital Besar Kota Bharu yg memberitahu Mok (panggilan untuk mak cik ku) telah kembali kerahmatullah.

Mok adalah seorang guru yang sangat berdedikasi serta sangat mencintai kerjayanya. Mok merupakan kakak sulung dalam adik beradik abah ku. Arwah sempat mencurahkan bakti di sekolah rendah tempat aku belajar, SK SERI Kg. Laut.

Mok menderita penyakit breast cancer. Arwah meninggal dunia pada umur 58 tahun.

Semoga roh Mok dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah....

Dua Hari Tanpa Air


It was Friday morning. Aku bangun dari tidur untuk pergi ambil air sembahyang. Buka-buka paip, air tak keluar. Adoi, tak ada air rupanya... Nasib baik ada air yang disimpan. Inilah gunanya simpan air. Bila time emergency baru rasa berguna air yang disimpan tu.

I thought, tak ada air kejap je. Bila abah aku nak pergi mandi, dia cakap air tak keluar lagi. Nampaknya air yang disimpan dah habis. Maklumlah, famly ramai. Everyone need the water.

Nasib baik umah nenek aku pakai air perigi. Terpaksalah menumpang mandi kat umah nenek aku tu. Thanks Mek for the water. Hehehe...

Setiap kali nampak paip, mesti nak buka paip sebab nak tahu air dah ada ke belum. Tapi, setiap kali buka, sangat mengecewakan. Air tak keluar-keluar.

Hampir dua hari rumah ku kekeringan. Setiap kali nak mandi, terpaksa ke rumah nenek aku. Tumpang air kat sana.

Betapa seksanya bila tak ada air. Tu pun, baru dua hari. Macam mana la orang-orang kat negara yang mengalami kemarau seperti Nigeria.

Sungguh aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada negaraku. Alhamdulillah...

To my readers, jangan membazir dengan apa yang kita ada kerana masih terdapat mereka yang sangat memerlukan serta hidup dalam serba kekurangan.

Thursday, June 24, 2010

Ke Maktab Terchenta..

Wednesday, 23rd June 2010...

Pagi-pagi lagi dah kena bangun. Kalau sebelum ni, lepas subuh boleh tidur tapi semalam terpaksa batalkan niat tersebut. (Even dari ni dan hari2 seterusnya juga aku kena biasakan bangun awal. Dah kena jadi pelajar degree laa.)

Semalam, aku dengan my ex-homeroom,Pika pergi ke maktab terchenta.. MRSM Besut, tempat bertapanya kasih sayang. Hehehe...

But, we not spend such a long time there because Pika's dad rushed to go somewhere.

Walaubagaimanapun, kitorang sempat lagi singgah kat Pantai Bukit Keluang. We snapped a few photos as our memory. Tak tau la bila lagi boleh pergi sana. Insya Allah, kalau di izinkan Allah, sampai lagi aku kat sana.

Satu perkara terjadi on the way aku nak ke Besut. Kesian kat sorang pak cik ni. Dah la kena langgar, pastu orang yang laggar dia lari pulak. Ni kes langgar lari la kira. Motor sama motor la ni.

Orang yang langgar tu is a young boy. Masa aku tengok kejadian tu, pak cik tu nak kejar that boy. That boy langgar lampu isyarat maybe. I mean, dia jalan gak even lampu isyarat tengah merah. Sebab tu budak tu lari,mesti dia takut kan? Tak patut betol budak laki tu buat camtu. Dah la pak cik tu agak berusia..Mujurla pak cik tu bertindak. Dia ambil no plat motor budak tu. Lepastu, aku tengok dia call somebody. Tak pelik kalau aku cakap pak cik tu call polis.

Lampu isyarat pun dah hijau, aku tinggalkan kisah pakcik tu sampai kat situ.

Harap2 budak laki tu sedar dengan apa yang dia buat.

Pengajaran kat semua orang, jangan buat jalan raya tu macam mak bapak kita yang punya. Jangan ingat orang ramai tak ambil tindakan kat kita. Negara kita ni ada undang2. Siapa yang buat salah, pasti dapat hukumannya. Kalau bukan hukuman kat dunia, hukuman kat akhirat tu confirm dapat.

Gambar2 yang aku sempat snap masa kat Pantai Bukit Keluang.























Wednesday, June 23, 2010

Bersanggul Tinggi. Perlukah??


Sekarang ni trend bertudung dengan sanggul tinggi memang famous. Aku musykil pasal trend ni sebenarnya. Kadang-kadang kita ni cepat sangat nak ikut orang sampaikan tak tahu sama ada Islam benarkan atau tidak. Rasulullah juga ada berpesan,

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati semuanya akan diminta pertangggungjawabannya” {Al Isra’ : 36}

DAN

“Barangsiapa meniru suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut”

Aku ada terbaca banyak artikel yang bincang pasal hal ni.Rasanya aku tak layak nak bagi jawapan kepada persoalan ni sebab ni melibatkan hukum.

Oleh itu, aku nak kongsi salah satu aktikel dari blog ustaz Nor Amin yang aku kira orang yang lebih layak serta lebih berilmu.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :


“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


TAPI...

Artiket yang aku ambil dari iluvislam.com ni pula mempunyai pendapat sebegini.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.

Pada pendapat ak pula, kenapa kita mesti ikut? Aku rasa, pada zaman nabi tak ada kot trend ni. Jadi, aku nasihatkan pada diri aku sendiri dan juga kawan2 sekalian, lakukanlah sesuatu secara bersederhana. Kalau boleh elakkan bersanggul tinggi, elakkanlah.. Tak ada guna gak kalau tunjuk kat orang laki yang bukan suami kita. Lagi baik simpan dulu sanggul tu, nanti dah kawin, tunjuk je kat laki kita nanti. Hahaha...

Thursday, June 17, 2010

veterinar or bioperubatan??

Result upu da check. Alhamdulillah, dapat pilihan ke-4, veterinar UPM. I'm glad with it! But, my head start spinning when my aunty called me and asked me to make a rayuan. Dia suruh aku tukar bioperubatan. Nak wat rayuan ke tak ni ek? Aku takut, lepas wat rayuan aku xdapat bioperubatan. And then, dapat course ntah pape nanti.

Guys, i need some advices. Antara veterinar and bioperubatan, yang mana satu lagi banyak career opportunity? Haiyaaa.. Otak waa suda mau pusing2 nii..

Kalau korang ada info pasal dua course ni, harap bleh share ngan ak ye. THANKS..

Monday, June 14, 2010

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka

Saturday, June 12, 2010

WORLD CUP PUNYA PASAL

Tak tahulah ape kaitan World Cup dengan update blog. Aku pun pelik kenapa time ada sukan yang aku minat, nak update blog jadi malas. Even nak komen kat facebook pun jadi malas jugak. Masa Thomas Cup malas nak layan internet. Benda yang sama pun jadi time World Cup ni. Pelik Bin Ajaib la.hahaha..

Ape pasukan favourite korang untuk World Cup 2010 ni?? Hmm.. Aku rasa aku nak curang tahun ni. Hehe..This time im gonna support England. Ramai pemain yang famous kat team ni. For example; Terry, Rooney, Gerrard and Lampard.

Ramai yang ramal Brazil menang. Sebelum ni pun aku support Brazil.Huhu.. Tapi, lagi best kalau team Malaysia yang main. Sah2 aku support Malaysia! Memandangkan kelibat pemain Malaysia tak dapat nak tengok, jadi aku support lah team Korea Selatan jugak. Sokong team sebenua la katakan.(Korea dah menang lawan Greece tadi. RESULT : 2,0)


The match between Argentina and Nigeria just finished. Not really a good match I think. Its just the beginning of a long journey for all the teams in this World Cup edition. GOOD LUCK TO ALL TEAMS AND SUPPORTERS !

P/S : Orang cakap, perempuan tengok bola sebab tengok pemain yang handsome. Betul ke?

Friday, June 11, 2010

WHY THE JEWS SO SMART

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu ?Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg ***** (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi *****, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana Huh


Rumusan dan kesimpulan yang saya dapat dari artikel ini, kita mampu menghasilkan generasi cerdik pandai.
Ikut seperti yang disarankan Rasulullah. Sesungguhnya ada kebaikan di setiap yang disuruh oleh baginda.

COPY FROM:http://thesahabat04.blogspot.com/2010/05/why-jews-so-smart.html

Wednesday, June 09, 2010

OBSESS SUDAH..

Aku nak dedicated benda ni kat 1 of my friend. Aku bukan ape, just nak bagi peringatan kat my readers especially HER. Aku tak nak benda yang pernah aku alami terjadi kat dia pulak. Aku sayangkan dia..

To ****,
Jangan terlalu mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum pasti untuk kita.
It seems like,everything what u did everyday just for him. Don't hope a high expectation from him.

Kadang2 aku risau tengok dia. Anything yang dia post kat fb mesti ada kaitan ngan her boyfriend. Sometimes, terasa menyampah pun ada jugak. Hari2 cakap rindu kat pakwe dia. Hahaha...

Sebenarnya kapel telah mendekatkan kita pada zina. Haram bagi seseorang wanita merindui mana2 lelaki yang belum halal untuknya. Alangkah baiknya kalau kita merindui ALLAH. Sesunggunhya Dia lah yang paling layak dirindui.

CINTA ITU MILIK ALLAH. BIARKAN DIA YANG MENENTUKAN ORANG YANG HARUS KITA CINTAI APABILA TIBA MASANYA.

Monday, June 07, 2010

AKU NAK BERUBAH

AKU NAK BERUBAH,
JADI HAMBA YANG TAAT PADA PERINTAH ALLAH.

AKU NAK BERUBAH,
JADI UMAT YANG IKUT AJARAN RASULULLAH.

AKU NAK BERUBAH,
JADI ANAK YANG SOLEHAH.

AKU NAK BERUBAH,
JADI ORANG YANG MENCARI ILMU.

AKU NAK BERUBAH,
JADI KAKAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.

AKU NAK BERUBAH,
JADI ADIK YANG HORMAT KAKAKNYA.

AKU NAK BERUBAH,
JADI SAUDARA SEAGAMA YANG PEKA.

AKU NAK BERUBAH,
JADI KAWAN YANG HARGAI PERSAHABATAN.

AKU NAK BERUBAH,
JADI MANUSIA YANG BERGUNA.

AKU NAK BERUBAH !!!

Sunday, June 06, 2010

LELAKI IDAMAN



It's hard for me to admit it. But, i really don't believe in couples anymore. Sorry to those that have couple.

I've made a mistake before this. Maybe ONE of my biggest mistakes.

Pada aku, aku akan mencari pasangan hidup yang mampu menyayangi aku kerana agama aku serta mencintai aku seperti dia mencintai Penciptanya.

Memang aku dambakan pasangan hidup yang mampu membimbing aku mengenal agamaku. Bagiku, agamalah penentu kebahagiaan rumah tangga. Insya Allah, jika kita memilih pasangan kerana agamanya akan bahagia di dunia dan di akhirat sana.


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

"AKU AKAN MENCINTAI DIA KERANA AGAMANYA. JIKA HILANG AGAMANYA, MAKA HILANGLAH CINTAKU PADANYA"

Thursday, June 03, 2010

Boleh pakai ke tak??



Isu pasal kasut crocks yang ada kalimah Allah agak famous sekarang ni. Dah banyak aku search pasal benda ni termasuklah blog ustaz2. Mostly yang bagi pendapat diorang cakap tak apa pakai kasut crocks ni kerana berkemungkinan orang yang buat logo tu tak berniat untuk menyamakan dengan kalimah Allah.

Aku just nak share ngan korang pasal benda ni.

Semalam aku ada minta pendapat ngan seorang member aku yang aku kira arif pasal soal agama ni. Maklumla,ayah dye tok imam n dye pulak seorang hafiz.

Ni antara perbualan aku ngan dye kat YM.

AKU : Sekarang kan heboh pasal ada kalimah Allah kt kasut crocks. So, what's ur opinion?

KAWAN : Ooo.. Psal tu... Memang betul.... Tp bukan semua yg ada tulisan tu. So kena hati2 la time beli tu..

AKU: Hmm.. Kalau dah ada mcm mana? Sy ada baca psl ni kat blog2 ada yg cakap tak apa.

KAWAN: Maksud awk tak apa pakai? Macam tu?

AKU: Yup.

KAWAN: Mana boleh.... Benda macam ni dah banyak kali dah berlaku.. Benda dah diputuskn..Mmg xboleh guna. Kalau guna jg macam menghina la. Tp kalau barang berharga... Kalau boleh disimpan.. Simpan la.. Kalau macam kasut crocks tu kena la...

AKU: O00.. Dah tu ada ustaz yg cakap tak apa. Haih,macam2 la.

KAWAN: Hahaha... Sedih.... Dia ada berlaku perbezaan pendapat... Ustaz yang kata boleh, alasannya mungkin orang yang buat benda tu tak bermaksud nak lukis kalimah Allah...Tp secara kebetulan sahaja. Bagi ustaz tu boleh la. Tapi satu pendapat lagi... Walaupun dia sengaja buat atau tak, itu dikira macam menghina. So tepuk dada tanya iman la..

Bagi pendapat aku pulak, kalau korang rasa was2 atau tak yakin nak pakai jangan pakai. Sekiranya tak nak simpan kasut tu, bakar je. Jangan buang merata-rata.

Nasib baik la kasut crocks aku cikai je. Beli kat pasaraya Bintang, RM10. Logo crocks pun tak ada kat kasut aku tu. Hahaha.. Selamat.. Boleh lagi dipakai.


*Perbualan di atas telah diubah suai mengikut kesesuaian pembaca.

Ya Allah,selamatkan mereka.

Walaupun kejadian ni telah 3 hari berlalu,namun dunia terus mengecam kekejaman Israel. Tindakan Israel menawan kapal Turki,Mavi Marwara dalam konvoi Gaza Freedom Flotilla yang disertai 663 aktivis dari lebih 50 buah negara di perairan Laut Mediterranean dianggap tidak relevan.

Aku sebagai umat Islam rasa terpanggil untuk menulis entry ni. Mungkin ini adalah salah satu cara yang aku dapat lakukan bagi menyokong saudara seagama yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar kira2 10 ribu tan bantuan kemanusiaan bersama 6 buah kapal ke Gaza.

Alhamdulillah..

Warga Malaysia yang ditangkap oleh Israel telahpun dibebaskan. Tindakan Israel menahan warga Malaysia dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia. Ini kerana Israel tidak wajar melakukan tindakan sedemikian memandangkan Malaysia tidak menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan mereka. Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan Israel itu ibarat menculik warga Malaysia yang hanya ke Gaza semata-mata untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.

Syukur,Misi life Line For Gaza(LL4G) dapat diteruskan. Semoga usaha murni para peserta konvoi ini akan mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah pada janji Allah seperti dalam surah al-Fiil.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(1).Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2).Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan(3).Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;(4).Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat(5).

Semoga Allah selamatkan mereka...

Sebagai seorang muslim, sama2 kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Mungkin inilah yang mampu kita lakukan sebagai tanda membantu umat Islam di Palestin serta di seluruh dunia yang menjadi mangsa kekejaman musuh2 Islam.

Is this me??


OMG!!

Adakah ni rupa aku 2o years to go?
Kalau dihitung-hitung, 19 + 20 = 39.
Umur aku time tu 39.

Hmm...
Ok la. Not bad. Still macam sweet 17 gitu.hohoho..

Kalau ada sape2 yg nk tengok rupa diorang 20 tahun akan datang,bleh try kt sini
in20years.com

SELAMAT MENCUBA.hahaha..

Wednesday, June 02, 2010

A.L.L.E.R.G.I.C

Mata gatal. Leher gatal. Telinga gatal. Hidung gatal. Habis satu badan gatal2.
Kenapa??

Ni mesti kes makan maggi + udang yg Ma ak buat td.
Padan muka!

Tp..
Aku xtau pn Ma ak masukkan udang. Time duk belek2 maggi tu baru perasan ada sekor udang kelemasan dalam maggi tuh. Haha..

Dan sekarang, rasakan penangan udang yang super duper tu!



Tapi aku kira, aku dah banyak berpantang.
Tak boleh makan tu, tak boleh ni..
Memang banyak lah tak boleh makan especially SEAFOOD.
Kalau TERmakan tu nk buat macam mana kan.

Even time aku tulis entry ni pn mata terasa gatal2. Sekali sekala terpaksa kenyit2 mata kt depan skrin lappy ni. Nasib baik la dah tak ada org nk tengok aku kenyit mata malam2 buta macam ni.

Oh!
Nk makan ubat,pastu off to bed..



.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.