Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YAA RAMADHAN!

Assalamualaikum..


Insya Allah, pada hari Isnin 1 0gos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H umat Islam akan memulakan ibadah puasa.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

"Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendiriknnya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'ie, Malik, Ahmad, dan Baihaqi)

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers sekalian.

Tingkatkan amalan dibulan yang penuh kemuliaan ini dan semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita semua.



Sampai ketemu!

Nota kaki: Malam ni jangan lupa pergi tarawih ye kawan-kawan!

Thursday, July 28, 2011

PERIGI CARI TIMBA

Assalamualaikum..

Salam 1 blogger! Hehe..

Ok, post kali ini pasal PERIGI CARI TIMBA. Mengikut sejarah Bahasa Melayu yang aku belajar, perigi cari timba ni perempuan yang melamar lelaki, or in other words perempuan yang memulakan step. You guys faham-fahamlah maksud aku ni ye.

Boleh pakai ke peribahasa ni dalam Islam? Baik, aku sendiri yang akan jawab pertanyaan itu. I am sure that everybody knows about Siti Khadijah yang meminang Rasulullah. So, it is not a WRONG for a woman to start the first step.

Ok, aku bagi satu lagi contoh semasa zaman Rasulullah di mana Saidina Umar pernah melamar Saidina Abu Bakar untuk anak perempuannya iaitu Siti Habsah. Lamaran itu ditolak dengan baik oleh Abu Bakar. Namun begitu, Rasulullah pula yang memperisterikan Siti Habsah. Again, aku tegaskan di sini bahawa wanita juga boleh meminang lelaki.

Walaupun lamaran Saidina Umar ditolak oleh Saidina Abu Bakar, namum Allah telah memberikan jodoh yang lebih baik untuk Siti Habsah iaitu Rasulullah. Oleh itu, kalaupun pinangan seseorang wanita itu ditolak pihak lelaki janganlah wanita itu berasa malu atau kecewa kerana tindakan yang dibuat bukanlah perkara yang ditegah dalam Islam. Seharusnya wanita itu yakin dengan kuasa Allah bahawa Allah akan menjanjikan jodoh yang lebih baik untuk wanita itu.

Mungkin agak pelik kalau perkara ni terjadi dalam masyarakat kita. Ini mungkin kerana budaya dan adat orang melayu yang tidak mempraktikkannya. Namun, kita harus ingat bahawa kita sebagai umat Islam perlu hidup dalam syariat.

Islam tidak pernah mencegah wanita untuk melamar lelaki asalkan betul caranya dan mengikut nas-nas yang telah ditetapkan. Tidak salah bukan kalau wanita melamar lelaki jika sekiranya wanita tersebut merasakan lelaki yang ingin dilamar merupakan calon terbaik untuknya. Sesiapapun mahukan jodoh yang terbaik!

Perigi cari timba sudah biasa dalam masyarakat Melayu dan aku rasa ramai yang sudah tahu tentang tanggapan betapa rendahnya maruah seseorang wanita itu jika cuba melawan arus. Namun persepsi yang songsang ini harus diubah kerana ianya mungkin akan meletakkan wanita di satu platfom yang rendah dalam masyarakat. Apa kata kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

im giving my love to you.. <3

As for me, bukanlah satu kesalahan menjadi perigi cari timba kerana wanita juga berhak memilih jodoh untuk dirinya. Apa yang penting, gunakan cara yang betul dan seelok-eloknya gunakan orang perantara seperti ibu bapa atau saudara-mara.

Apa yang penting, banyakkan berdoa agar Allah pertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita. Jangan pernah menyerah untuk meminta padaNya. Allah pasti menolong umatnya yang taat dan tidak jemu-jemu meminta pertolongan dariNya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 186 yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

doa

Apa pula pendapat kalian mengenai perkara ni? Jom kongsi kat sini!!

Sampai ketemu!


Wednesday, July 27, 2011

LA TAHZAN DUHAI HATI

...السلام عليكم...

I don't know about my feeling right now. Suddenly, rasa jealous pula kat kawan-kawan yang dapat sambung belajar overseas. Memang itu salah satu impian aku!

Tapi, apakan daya. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. I've to be positive and optimist! * Suddenly i feel like crying*


".. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui."
(QS. Al-Baqarah 216)

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Janjikanlah sesuatu yang terbaik untuk aku. Hanya padaMu tempatku meminta. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(QS Al-Hadid ;22-23)

Sampai ketemu!

Sunday, July 24, 2011

RESIPI NASI KERABU TUMIS

Assalamualaikum..


Nasi kerabu tumis ni agak complicated untuk dibuat. Walau bagaimanapun, disebabkan mak aku yang request nak makan , so aku and akak aku buat la. *Mak aku jadi pemantau je. Hehe..

(Tak boleh bagi exact amount untuk bahan-bahan because resipi ni mak aku yang bagi. Maklumlah, resipi orang berpengalaman ni diorang main campak-campak je.U got what I mean aiitt??)

Bahan-bahan kuah tumis:
Sedikit cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
Santan (sebiji kelapa)
Budu
Asam keping
Garam

Bahan-bahan sambal kerisik ikan:
2 ekor ikan kembung saiz sederhana
1/3 biji kelapa parut
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
2 keping gula merah

Bahan-bahan ulam:
Serai
Bunga kantan
Pucuk ketereh
Timun

Cara-cara membuatnya.

Kuah tumis:

1.Panaskan santan dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak.

2.Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia yang telah diblend. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan asam keping, garam dan budu secukup rasa. Kacau sehingga pekat.

Sambal kerisik ikan:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia dan gula merah sehingga lumat.

2. Panggang ikan sehingga masak dan diambil isinya sahaja dan ditumbuk bersama bahan di atas.

3.Goreng kepala parut tanpa minyak sehingga keperangan. Apabila sudah perang, kisar sedikit.

4. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas. Tambahkan garam. Kacau hingga sebati.

Ulam:

1. Potong halus-halus serai, bunga kantan, pucuk ketereh, dan timun. Gaul sehingga semuanya sekata.


Nasi kerabu tumis sedia untuk dimakan. Campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik dan ulam. Lagi sedap kalau ditambah ikan goreng tepung keropok atau solok lada.

Adeh, rasa lapar pula perut ni. Sedapnya pekena nasi kerabu tumis!

Selamat mencuba!

RESIPI KEK BATIK

Assalamualaikum..

Jom kita buat kek batik simple.. Huhu..



Bahan-bahan:
1 paket biskut Merry
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan air
125g butter
3/4 tin susu pekat
2 biji telur

Cara membuatnya:

1. Masukkan serbuk koko, milo, dan susu pekat ke dalam kuali.

2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan butter. Kacau lagi sehingga butter cair.

4. Masukkan pula dua biji telur. Kacau sedikit sehingga semua bahan sebati.

5. Patah-patahkan biskut merry dan susun dalam bekas.

6. Masukkan bahan yang telah di masak tadi. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek keras dan apabila keras, kek sedia untuk dimakan.



Selamat mencuba!

Tuesday, July 19, 2011

RESIPI SANDWICH TELUR BERSOS THOUSAND ISLAND

Assalamualaikum..

Jom aku kongsikan resipi sandwich yang simple ni.. *Memang setiap post untuk resipi akan ada perkataan SIMPLE sebab memang aku suka masak makanan yang simple! Hehe..

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Sos thousand island
Sos cili
Lada sulah
Buah tomato
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan lada sulah dan garam. Pukul agar semua bahan sebati.

2.Panaskan kuali. Gunakan minyak dalam kuatiti yang sedikit sahaja. Apabila sudah panas, masukkan telur tadi. Pastikan telur tersebut sentiasa dikacau supaya telur tersebut hancur.

3. Ambil sekeping roti, letakkan beberapa hirisan tomato dan seterusnya telur yang sudah dimasak tadi. Letakkan di atasnya sos cili dan sos thousand island.

4.Masukkan roti tersebut dalam sandwich maker. Ambil sekeping lagi roti, lapik di atas roti tersebut. Bakar dan sandwich sedia untuk dihidang.


Sangat best dimakan untuk breakfast.

Selamat mencuba!

Monday, July 18, 2011

I'M A BIG FAN OF YOU BEBEH!

Assalamualaikum..

Entry kali ini lebih santai sedikit ditambah pula mood aku yang tengah baik.

Ok, jom kita tengok makanan feveret aku.

Ini dia.. Tadaa...






I heart you lah Big Apple! Kalau boleh kerja kat Big Apple mesti best kan. Boleh la aku curi resipi nak buat donut-donut yang sedap ni. Hehe *Just kidding~

Sampai ketemu!

SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum..



Sudah lama hajat dihati untuk memiliki buku ini. Semalam, ternampak lagi buku ni. Jadi, aku pun belek-belek la buku ni. Hmm... Sedihnya kerana tak dapat beli semalam kerana duit tak cukup.

Ah, aku tak kira! Aku nak juga buku ni..

Ada sesiapa yang nak hadiahkan untuk aku tak. Bagi pinjam pun tak apa.

Friday, July 15, 2011

LIRIK LAGU JANGAN MENYERAH (D'MASIV)

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang pernah mendengar lagu ini terutamanya mereka yang menonton sinetron "Amanah Dalam Cinta" yang ditayangkan di TV3.




Jom hayati liriknya..

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Source: http://liriklaguindonesia.net/d/dmasiv/dmasiv-jangan-menyerah/#ixzz1S9lk4aU3

RESIPI PANCAKE

Assalamualaikum..

Resipi yang akan dikongsi pada kali ini ialah pancake yang sangat senang untuk disediakan.

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 camca kecil baking powder
Garam secukup rasa
2 sudu gula

Bahan B:
1 cawan susu
1 biji telur
2 camca mentega (dicairkan)

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul bahan A dan B berasingan.

2. bila kedua-dua bahan sudah sebati, campurkan dalam satu bekas.

3. Gaul bahan A dan B bersama-sama sehingga sebati.

4. Panaskan kuali, sapu sedikit mentega.

5. Apabila kuali sudah panas, bolehlah dimasukkan adunan tadi.

6. Kalau mahu lebih sedap, bolehlah dimasukkan jem,mentega kacang, coklat atau apa sahaja perisa kegemaran apabila pancake hampir masak.




Selamat mencuba!

Wednesday, July 13, 2011

DEDIKASI ISTIMEWA BUAT SEORANG SAHABAT




Assalamualaikum..

Aku bersyukur Ya Allah atas kurniaan seorang sahabat yang sangat aku sayangi ini.

Memori perkenalan kami 15 tahun dahulu ketika sama-sama belajar di Tadika KEMAS Kg. Laut masih segar dalam ingatan. Kamu selalu berborak tentang kenangan masa lalu ketika kami bersama. Ah, sungguh aku rindu saat-saat itu kawan!

Semenjak dari tadika hingga darjah enam, kami sentiasa bersama. Berkongsi suka duka dan tekun belajar bersama. Satu ketika, dia mengimbau kembali kenangan di mana semasa di sekolah rendah aku pernah membuat kerja rumahnya. Tersenyum sendirian aku apabila dia masih teringat peristiwa itu.

Namun, masuk sekolah menengah, masing-masing membawa haluan sendiri. Aku bersekolah di kampung ku, manakala dia pula bersekolah di sekolah pilihannya dan keluarga. Hampir dua tahun kami terputus hubungan. Walaupun tidak mendapat sebarang khabar berita darinya, tapi aku pernah bertanya kawan-kawan yang lain mengenai keadaannya.

Alhamdulillah, semasa di tingkatan tiga kami bertemu kembali. Semenjak dari itu, kami berjanji untuk lebih menghargai persahabatan yang dibina kerana Allah ini.

Selepas SPM, kami sama-sama ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Uitm Shah Alam dalam program asasi. Walaupun di tempat yang sama
tetapi dia dalam program Asasi Kejuruteraan manakala aku pula dalam program Asasi Sains.

Agar sukar untuk bertemu.. Namun, masa tidak pernah memisahkan kami. Masih ku ingat pada ketika aku tidak mempunyai wang untuk belanja, dialah yang datang menolong. Aku tidak pernah mengharapkan wangnya, tapi dia sendiri yang menawarkan untuk membeli makanan kepadaku. Aku juga faham bahawa dia juga mendapat wang belanja dari ibu dan ayahnya. Katanya lagi, dia ikhlas membeli makanan-makanan itu. Terima kasih kawan!

Kalau hendak diceritakan, bermacam-macam pertolongan yang dia hulurkan. Rasanya tidak mampu aku balas! Hanya doa buatmu yang mampu aku hadiahkan.

Dia juga seorang yang sangat memahami aku. Kalau ada masalah yang aku cuba ceritakan, pasti dia akan mendengar dan cuba membantu semampunya.

Ayah dan ibuku juga sangat mengenali dia dan keluarganya. Maklumlah ibunya kawan sekelas ayahku.

Mungkin masih banyak kenangan yang kami lalui
bersama dan rasanya kalau hendak diceritakan, sampai esok belum tentu habis.

Buat sahabatku, terima kasih kerana sentiasa bersama aku ketika senang dan susah. Segala kebaikanmu, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga persahabatan ini kekal abadi. Engkaulah sahabat dunia akhirat. Ukhwah fillah!

Jangan lupa, saat kau duduk di jinjang pelamin nanti, aku mahu jadi pengapitmu.

Terima kasih Allah kerana menganugerahkanku seorang sahabat seperti dia.

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.