Saturday, May 29, 2010

yang mana satu idaman kalbu??

Macam2 dah jadi dengan lelaki sekarang. Ramai yang dah mengalami kekeliruan identiti. Adakan lelaki2 ini sudah tidak mengenali diri mereka sendiri?

Siapa yang harus disalahkan bila mereka sudah jauh terpesong dari landasan sebenar?

Sebagai manusia yang waras dan masih berada dalam landasan yang betul,pilih lah mana yang korang nak. Sebagai perempuan,pilih lah calon suami anda. Dan untuk para lelaki,pilihlah anda ingin menjadi yang mana.


Hmm..Yang ni boleh tahan cantik. Tp,sayang pondan rupanya. Anda nk yang mcm ni?




Hahaih,,pegang tangan sesama lelaki. Yup! Nilah gay. Sape nk??




Yang ni lagu bahaya. Lelaki n pmpuan,dua-dua dye nk kebas. Memang tamak lah org biseks nih! Korang nk jd mcm ni??





Atau...Beginikah yang korang impikan? Insya Allah,korang pilih yang mcm ni,bahagia dunia akhirat. Tp,bukan senang nk cari yang mcm ni skrg.

Oleh itu,tentukan lah jalan hidup yang terbaik utk diri korang.

Bagi mereka yang dah terpesong,masih blum terlambat utk kembali ke pangkal jalan.

Memetik ucapan Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)


"Wahai kaumku…!

Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu. "

TEPUK DADA,TANYA IMAN.

Allah knows the best for me.

"DUKACITA nama anda TIADA dalam senarai calon yang berjaya ditawarkan tempat.
Terima kasih kerana memohon USM."

Ni lah ayat yang keluar kat skrin laptop setelah aku memasukkan maklumat yang diminta dan menekan klik kt web pohon USM.

Sedih...
Tak dapat masuk USM.
Tapi,
Aku pasti Allah dah tentukan tempat yang terbaik untuk aku.

Kalo ak dapat USM,hari2 kot bleh balik umah.hahaha...
Maklumla,kalo ak dapat USM untuk course dentistry,konfemla kampus dye kt Kubang Kerian.For my readers information,umah aku ke Kubang Kerian only takes 45 minutes.

Tapi tak mengapa,aku masih ada peluang untuk ke UITM,UM ataupun UKM.Insya Allah,kalo ALLAH meredhai aku untuk amek dental,memang ak syukur sangat.Tak kisahlah uni mana2 pun,yang penting cita-cita aku tercapai.Dan sekiranya Allah dah tentukan masa depan aku bukan untuk menjadi doktor gigi,aku tetap redha.Allah lah yang Maha Mengetahiu segala-galanya.

Aku sebagai hambaNya hanyalah bleh berdoa dan mintak pertolongan dariNya.Same goes to my readers,kalo korang rasa nk mintak pape,mintaklah pada Yang Maha Esa.Dialah penentu segala-galanya.Kalo Dye kata"kun fayakun",maka jadilah sesuatu benda tu walaupun tidak dirancang oleh kita.

Ingatlah..
KITA HANYA MERANCANG,ALLAH YANG MENETUKAN.


forty-four.



Friday, May 28, 2010

new family members

last nite,my black cat gave birth to 3 cute kittens.huhu..im so excited!!

woke up this morning,my younger sis said that 1 of our cat gave birth.my family never thought this cat was pregnant.yesterday,she tried to enter my house.my mom,did't allow us to bring the cat into the house coz she stole our fish.haha..so naughty that cat!

huhu...can't wait to play with the new kittens.

Thursday, May 27, 2010

khasiat buah-buahan

Kita memang sangat digalakkan untuk makan buah-buahan.Seperti yang kita selalu dengar yang buah-buahan banyak memberi khasiat terutama untuk kesihatan.(cam skema je ayat).hahaha

di sini aku nk mencadangkan beberapa petua untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa berbelanja besar untuk membeli pelbagai krim2 kecantikan yang terdapat dipasaran.

Petua ini sangat senang untuk diamalkan dan boleh dilakukan dirumah pada bila2 masa sahaja.

APPLE
-Meneutralkan kulit berminyak.
Cara menggunakan:
1.Kisar setengah biji epal dengan air sampai sebati.
2.Sapukan pada wajah dan tunggu sehingga 20 minit.
3.Lepas tu,bilas muka dengan air suam.Lakukan seminggu sekali.

STRAWBERRY
-Menyerikan wajah.
Cara menggunakan:
1.Kisar 3 biji strawberri dengan sesudu teh madu.
2.Sapukan pada wajah seperti masker dan biarkan selama setengah jam.
3.Apabila masker dah kering,urut wajah dengah gerakan membulat.
4.Akhir sekali,bilas dengan air sejuk.

TEMBIKAI
-Menyamankan dan menyegarkan wajah.
Cara menggunakan:
1.Potong tembikai nipis2.
2.Letakkan pada wajah dan biak selama 20 minit.

KULIT LIMAU NIPIS
-Menghilangkan parut jerawat.
Cara menggunakan:
1.Rendam limau nipis yang telah ditebuk dengan garpu kedalam air suam selama semalaman.
2.Bilas wajah dengan air tersebut dan keringkan wajah.

TIMUN
-Melembutkan dan mencerahkan wajah.
-Membantu mengeringkan jerawat.
Cara menggunakan:
1.Kisar separuh timun tersebut dan campurkan dengan 2 sudu besar susu segar yang panas(tanpa gula).
2.Sapukan pada wajah sebelum tidur.

BETIK
-Menjadikan wajah kelihatan muda dan membuang benda asing di wajah.
cara menggunakan:
1.Kisar betik dan campukkan dengan 1 sudu teh madu.
2.Sapukan pada wajah dan biar selama 20 minit.

Ni jelah petua yg ak bleh konsi ngan korang.Insya ALLAH,korg mendapat kulit yang cantik berseri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.hehehe...

Tuesday, May 25, 2010

nuffnang

what is nuffnang??

ak tngk ramai bloggers yg buat nuffnang.actually,i also interested with this thing but, i don't know much about it.

is there anybody know about it?if so,can u guys give detail explaination about it.i really2 want to know.

some said that we can earn money thru this thing.hmm..
i a bit scare to give my personal detail to any unknown website.

hope u guys can help me.

Monday, May 24, 2010

SETANGGI SYURGA

IDK why tonight i want to post this lyric..let's enjoy the lyric.

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

karya baru


This is the book that i said earlier.hmm..sape yg ada buku ni,blh x bg pinjam kt ak.hehe..

hang out


huhu,,arini jenjalan kt kbmall.setelah sekian lama terperap kt umh,akhirnya ak smpai d kbmall.

oleh kerana lama xg kbmall,so ak n kak ngah ku round2 la kbmall tuh.ps2 maen boling.yg malang nya ak maen sorg2.huk3..kak ngah ak xmau maen.lg malang bila bola boling tu asyik masuk longkang je.akhirnya,ak dapat skor 49 je.ni la the worst record ak!
smpai mall,memg xsah kalo xg kedai buku.sampai je kt Popular,waduh..dapat ku hidu bau2 buku baru yg sangat menyelerakan.

banyak btol buku baru yg ak nk baca.tp,yg paling2 ak nk baca MURABBI CINTA,karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

ni adalah karya ketiganya selepas "AKU TERIMA NIKAHNYA" dan "BERCINTA SAMPAI KE SYURGA"

memang pndai betul la 'ustaz cinta' ni buat buku.but,i still did't buy that book.next visit,insya allah,i'll buy it!!





Saturday, May 22, 2010

NUR KASIH


Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Monday, May 17, 2010

miss his game

CHONG WEI diberi tentangan hebat oleh LIN DAN

sentuhan CHONG WEI...

permainan menarik yg ditunjukkan CHONG WEI semasa menentang PETER GADE


lama gle kot xtengok CHONG WEI maen.ak nih,antara peminat fanatik CHONG WEI la.hahaha

rasanya last skali ak tengok dye maen,ms Olimpik.tyme tu pn ,dye lwn LIN DAN,musuh num 1 dye.giler rindu tengok dye maen.

untuk THOMAS CUP ni,ak tengok dye maen ngan TAGO(Jepun) xsehebat dye maen ngan PETER GADE(Denmark).masa lwn LIN DAN pun,ak tengok dye cam xselesa je kt tengah court tu.xbanyak sentuhan berbisa dye buat masa lwn CHINA.

tp,walau apepn org nk kata pasal CHONG WEI,ak tetap sokong karier dye.mmg dye layak dapat PEMAIN NUM. 1 DUNIA coz dye da masuk mcm2 pertandingan antarabangsa n ak rasa da banyak pengalaman yg dye ada.memang dye lah harapan perseorangan lelaki bg badminton untuk skuad negara

.ak harap,CHONG WEI terus melakar kejayaan dlm sukan nih seterusnya mengharumkn nama MALAYSIA.huhuhu

hidup CHONG WEI,hidup MALAYSIA!!!!

THOMAS CUP xberjaya dirampas

THOMAS CUP menjadi milik CHINA sekali lagi setelah menumpaskan INDON 3-0

KOREA..berjaya meruntuhkan kekebalan tembok CHINA


adoyai,,dah almost seminggu xupdate blog.
maklumla,busy nengok badminton.smpai nk update blog pn malas. haha

agak kecewa bila Malaysia xmenang THOMAS CUP N UBER CUP.papepn,ak tetap bangga ngan pasukan negara sbb da tunjuk aksi terbaek.maybe kte xde luck nk menang kali ni.

CHINA still lg negara kebal dlm badminton ni.ak akui memang LIN DAN ada di prestasi terbaek dye skrg.seingt ak,ni 1st time CHONG WEI kalah ngan LIN DAN kt tempat sndiri.

memang masa CHONG WEI lwn LIN DAN,stadium Putra gle meriah.ak rasa,maybe CHONG WEI under pressure coz dye menggalas harapan rakyat Malaysia yg kempunan Piala THOMAS yg last skali kte menang 18 thn dulu.

tahniah ntuk pasukan KOREA yg berjaya merampas UBER CUP dari CHINA seterusnya menjadi kuasa baru dlm badminton.






Friday, May 14, 2010

HATI

pesan pada diri.....
jangan tersalah memberi HATI
pada insan yg tak sudi
pada insan yg tak mengerti
kerana sekali kau memberi
selamanya dia diHATI

kerana sekali kau dilukai
sampai mati tetap kau ingati

pesan lagi pada diri.....
hati-hatilah dalam memberi HATI
sebab ianya hanya untuk insan
yang tahu menghargai betapa tingginya
nilai sekeping HATI

Sunday, May 09, 2010

Jangan biarkan rasa marah menguasai diri

Ekoran rasa marah ak baru2 ni,di sini ak nk bg info buat renungan kte bersama.

Beberapa petikan hadis:

Dari Shal Bin Muaz, dari ayahnya: Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Barangsiapa yg dpt menyembunyikan kemarahan sedangkan ia berkuasa utk menampakkannya, maka pada hari kiamat Allah akan memanggilnya dan membenarkannya untuk memilih mana2 bidadari yg disukainya.( HR>Termizi dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasullullah s.a.w:Barangsiapa menyembunyikan kemarahannya sedangkan ia boleh meluahkannya, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan perasaan aman dan iman (HR. Abu Daud)

Dari Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim yg bermasyarakat dan ia dpt bersabar atas penyeksaan yg mereka berikan, lebih baik drp seorang Muslim yg tidak bermasyarakat dan tidak dpt sabar akan penyeksaan drp mereka (HR. Termizi dan IBnu Majah)

CARA-CARA UNTUK MENGATASI RASA MARAH:

1. Rasakan Yang Orang Lain Rasakan

Cubalah bayangkan apabila kita marah kepada orang lain. Nah, sekarang tukar posisi di mana anda menjadi orang yang dimarahi. Bagaimana rasanya dimarahi. Kalau kemarahan sifatnya mendidik dan membangun mungkin ada manfaatnya, namun jika marah membabi buta tentu jelas anda akan merosakkan sendiri.

2. Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman

Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak memuncak mungkin rekreasi untuk penyegaran diri sangat diperlukan.

3. Mencari Kesibukan Yang Disukai

Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi kemarahan kita memuncak kita perlu sesuatu yang mengalihkan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan dan dapat membuat kita lupa akan masalah yang dihadapi.

4. Curahan Hati Pada Orang Lain Yang Bisa Dipercaya

Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin dapat sedikit banyak membantu mengurangi beban yang ada di hati. Jangan ceritakan pada orang yang tidak kita percayai untuk mencegah cerita peribadi kita disebar kepada orang lain yang tidak kita inginkan. Berceritalah pada sahabat, isteri, orang tua, saudara atau sesiapa sahaja yang boleh dipercayai.

5. Mencari Penyebab Dan Mencari Solusi

Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah untuk mencari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan gunakan sehelai kertas kosong dan sebatang pen untuk menulis masalah yang anda hadapi dan apa saja jalan keluar atau solusi masalah tersebut. Pilih jalan keluar terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah yang ada. Mungkin itu semua akan secara signifikan mengurangi beban fikiran anda.

6. Melupakan Masalah Yang Ada

Ketika rasa marah menyelimuti diri kita mungkin tidak sedar.Apabila kita sedar sedang diliputi amarah maka inagtkan diri bahawa kawal marah tersebut . Ubah rasa marah menjadi sesuatu yang tidak penting.

7. Berfikir Rasional Sebelum Bertindak

Sebelum marah kepada orang lain cubalah anda memikirkan dulu apakah dengan masalah tersebut anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan. Masalah kecil jangan dibesar-besarkan dan masalah yang besar jangan diperkecilkan.

8. Diversifikasi Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup

Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan angan hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal remeh tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan rajutan benang masa depan anda. Mengikuti nafsu marah bererti membuang-buang waktu anda yang berharga.

9. Kendalikan Emosi

Orang yang mudah marah dan cukup membuat orang di sekitarnya tidak selesa sudah tentu sangat tidak baik. Kehidupan sosial orang tersebut akan buruk. Ikrarkan dalam diri untuk tidak mudah marah. Santai saja terhadap sesuatu yang tidak penting. Tujuan hidup anda adalah yang paling penting. Anggap kemarahan yang tidak terkendali adalah musuh besar anda dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.

Insya ALLAH,ak akan banyak sabar lepas ni n cuba kawal kemarahan.semoga segala amalan kita mendapat ganjaran PAHALA.AMIN....

sumber: organisasi.org

Saturday, May 08, 2010

Geram !! grrrr....


Astaghfirullah hal azim....

Memang siot la jantan keparat macam tuh. Gerammmmmmmmmmm btol la!!

Ak memang da lama pendam rasa xpuas hati kt dye.

Mmg dye kawan kpd kawan ak.bru skali pernah jmpa.ak langsung xrespect kau lah!

Da la kutuk ak punye quiz kt fb. Tau la quiz ak xHEBAT. Baek ak la dr kau yg langsung xbuat quiz. Ak xsuruh pn ko jwb quiz tu. Ak just nk gembirakan member grup ak jer. Yg ko suke ati nk cakap quiz ak tu poyo pehal??

Ak tau,ko remove ak from friend list pn sbb ko dngr cte dye 1 pihak je yg cakap bnda2 xbaek.

Hey manusia,jgn ingt kau tu BAEK sangat.

Kau dngn rumate kau tu same je. Mmg patut pn duk 1 bilik.

Fuh~

Im better stop here.Nnti keluar macam2 perkataan yg xelok lak.

Nk g sejukkan hati dgn air smayang,ps2 nk wat solat hajat biar ALLAH bg hidayah kt dye.

Thursday, May 06, 2010

my NASI GORENG



haha..ni first time ak masak nasi goreng.

ni pn gara-gara ma ak yg panggil suruh g dapur.then,dye cakap suruh ak masak nasi goreng.

ma ak gelak..apa punya anak dara nih,nasi goreng pn xpndai masak.seriously,,ak memang malas masuk dapur.hehe...

nasi goreng ak simple jer.

ni cara masak dye:

1.panaskn minyak.bila minyak da panas,masuk bawang putih yg telah dicincang halus.

2.ble bawang da jd warna keemasan sket,masukkn telur.

3.agak2 telur masak,masukkanlh kicap,sos tomato,sos tiram,garam.masuk skali sayur.

4.akhir skali,masukkan nasi.pstu kacau smpai nasi yg putih td,da jadi kaler kicap.nasi goreng td telah siap n blehlah dihidangkan.

ni la nasi goreng yg ak masak..


just a simple nasi goreng by gadis KACA MATA

Monday, May 03, 2010

ADIK OH ADIK


"adik-adikku
,,achik harap sangat2 kak,akim n nain akan jd manusia yg berjaya dan anak yg soleh solehah di masa hadapan."

"akan achik lakukan apa yg termampu utk bantu adik-adik acik."

memg ni lah tanggung jawab ak sebagai kakak.sejak daru dulu lg,kami adik beradik tolong satu sama laen.kalo dulu,kak long n angah menjadi tempat ak bertanya.kini tiba giliran ak mbjadi tempat bertanya kpd adik-adikku.kakak mn nk tengok adik dye gagal.mcm kakak2 yg lain,ku juga mempunyai harapan yg sama.

memg ble dk jauh ngan fmly,ak ase nk balik cepat2 je.ye la,msti bnyk benda yg adik2 ak nk tanya.tyme ak call fmly,adik ak yg num 4,noni la yg slalu tertunggu-tunggu ak,kak long n angah balik.katanya,bnyk benda nk tanya.haha...

seperti yg dijangka,ble ak dk umah.ak la kena jd cikgu tuisyen xbergaji.hak3.xpelah,demi adik2 ku.

smoga kak,akim n nain akan jd insan berguna n xkn hampakan harapan ma,abah,kaklong,angah n acik.mmg hari ni macam2 dugaan ada di depan kita.

pesan pada diri juga..
kimah,ko kena kuat utk hadapi dugaan yg mendatang.slalu ingat pengorbanan ma,abah n fmly2 yg laen.sentiasa jdkn al-quran sbg pegangan hidup.insya Allah,ko xkn tersasar.jdikan allah dan rasul pemilik cintamu.jgn biarkn diri hanyut dengan bisikan syaitan

YA ALLAH,LINDUGILAH DIRIKU,KEDUA IBU BAPAKU,DAN ORG2 YG AK SAYANGI DARU GODAAN SYAITAN.KUATKNLAH IMAN KAMI DAN TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YG LURUS,JALAN YG DIREDHAI OLEHMU.

AMIN YA RABBAL A'LAMIN...

adik-adikku...





.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.