Wednesday, August 17, 2011

INGATLAH SAUDARA KITA DI SANA

Assalamualaikum..

Sambil mencari nasyid untuk halwa telinga hari ni, lagu " Palestine Will be Free" oleh Maher Zain menjadi pilihan aku. Aku kira lagu yang sangat sayu dan sungguh menyentuh kalbu.

Pesan buat diriku dan juga teman-teman sekalian, dalam keseronokan kita berbelanja di Bazaar Ramadhan petang ni, terbitkanlah sedikit ingatan kita buat saudara-saudara seagama yang sedang berjihad mempertahankan negara. Tak perlu aku sebutkan di sini. Rasanya readers sekalian sudah mengetahui pergolakan yang berlaku kepada negara-negara Islam.

Walaupun kita tidak mampu menyumbang banyak untuk mereka, cukuplah sekadar kita mendoakan kesejahteraan para saudara seagama walau di mana mereka berada.

Jom layan lagu ni..


Sampai ketemu!

Tuesday, August 16, 2011

TAZKIRAH 17 RAMADHAN

Assalamualaikum..

Ya Allah, dah malam ke-17 Ramadhan! Cepatnya masa berlalu.. Dan... Plan aku nak hupdate blog setiap malam sepanjang Ramadhan tahun ni nampaknya banyak tergendala. Maafkan aku readers sekalian. Mungkin pelbagai perancangan aktiviti sepanjang bulan yang penuh rahmat ni menyebabkan aku terpaksa tinggalkan dunia blog untuk sementara waktu. Namun, kini aku kembali lagi untuk menyajikan sedikit santapan rohani untuk aku dan juga teman-teman sekalian.

Baiklah, apa signifikannya 17 Ramadhan kepada umat Islam??

17 Ramadhan mungkin ramai yang mengetahuainya bahawa beberapa negeri di Malaysia akan bercuti. Wohoo... HOLIDAY!! Orang yang paling gembira tentunya pelajar-pelajar sekolah dan para pekerja.

Tapi, disebalik keseronokan cuti umum itu, eloklah kalau kita tinjau peristiwa yang berlaku pada tarikh ini.

17 Ramadhan merupakan perisitwa turunnya Al-Quran kepada Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Pada tarikh ini, al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat.

Aku ada pernah dengar tazkirah yang mana ada seorang sahabat bertanya tentang bagaimana Al-Quran diturunkan. Berdasarkan penjelasan ustaz tu yang aku masih ingat (correct me if i'm wrong) penurunan Al-quran berlaku dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama Al-quran diturunkan ke Luh Mahfuz secara sekaligus, dan seterusnya diturunkan ke Baitul Izzah juga sekaligus. Pada peringkat ketiga, Al-quran diturunkan kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Oklah, aku pun tak nak hurai panjang sebab takut-takut aku bagi fakta salah pula. Insya Allah, aku akan cuba bertanya pada yang lebih arif. Nantikan entri seterusnya berkaitan peristiwa penurunan Al-Quran.

Untuk bacaan lanjut, boleh ke laman-laman web berikut.


Sampai ketemu!

Thursday, August 11, 2011

SYRIA FOR SALE (RM8)

Assalamualaikum..

Lelong-lelong!!

Tudung syria murah. Hanya RM8 satu set! lets grab it now! any inquiry, feel free to comment on the photos. urusan penghantaran, boleh negotiate.

Cepat-cepat! LIMITED EDITION! Sape cepat dia dapat.

BLACK INNER (RM3)


PINK-NO INNER (RM5)


GREEN -NO INNER (RM5)


PURPLE+CREAM-WITH INNER (RM8)


COLOURFUL INNER (RM3 EACH)


BROWN-WITH INNER (RM8)


BLUE-WITH INNER (RM8)


PINK-WITH INNER (RM8)


BROWN-WITH INNER (RM8)



Friday, August 05, 2011

TAZKIRAH 2,3 DAN 4 RAMADHAN

Assalamualaaikum..

Entry kali ini aku rangkumkan tazkirah-tazkirah untuk hari kedua, ketiga dan keempat kita berpuasa. Almaklumlah, kesibukan pergi kekelas memandu dan kelapangan masa yang diisi untuk mengecas semula tenaga yang hilang dengan berehat menyebabkan ketiadaan masa untuk mengupdate blog seperti yang aku janjikan. Maafkan aku teman-teman bloggers kerana memungkiri janji.

Seharusnya momentum beribadat di bulan yang mulia ini dikekalkan malah digalakkan untuk ditingkatkan. Jangan sesekali berkurang!

Baiklah, tazkirah ini aku mulakan dengan tafsir surah Al-Fatihah:

Bismillahirrohmanirrrohim..

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sebagai umah Islam yang merasakan dia betul-betul mahu menjadi umat yang taat, dia seharusnya memahami tafsir surah Al-Fatihah kerana surah ini merupakan ummul kitab dan diwajibkan membacanya untuk setiap rakaat dalam solat.

Salah satu cara untuk mendapat khusyuk dalam solat ialah dengan memahami maksud setiap ayat yang dibaca dalam solat. Oleh itu, amatlah wajar untuk setiap daripada kita untuk faham maksud surah ini.


Sampai ketemu!

Monday, August 01, 2011

TAZKIRAH 1 RAMADHAN

Assalamualaikum..

Tazkirah hari ini ialah mengenai perkara-perkara yang harus ditekankan dan amalam-amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Puasa -bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi perlulah menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


2. Tarawih - merupakan satu-satunya ibadah yang dikhaskan pada bulan Ramadhan. Seelok-eloknya dilakukan secara berjemaah dan lakukan seberapa banyak yang mampu.

Sabda Rasulullah: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)


3. Tadarus Al-Quran - Perbanyakkan bertadarus al-Quran pada bulan Ramadha ini kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda disediakan pada umat yang rajin bertadarus. Rasullullah sendiri khatam al-quran pada setiap hari di sepanjang bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)


4. Sedekah - Amalan ini juga dianjurkkan oleh Rasulullah dan perlu diperbanyakkan kerana ianya paling afdal pada bulan Ramadhan.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH RINGKAS

Assalamualaikum..

Insya Allah, sepanjang bulan Ramadhan ni aku akan update tazkirah-tazkirah semasa solat tarawih yang aku hadiri. Walaupun simple, tapi aku harap kalian akan mendapat serba sedikit manfaat dan semoga perkongsian ini akan mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa.

MOGA RAMADHAN KALI INI MERUPAKAN RAMADHAN TERBAIK UNTUK KITA SEMUA!

Renung-renungkan dan selamat beramal! :D

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.