Friday, December 09, 2011

HIDAYAH MILIK ALLAH AND EVERYBODY DESERVED IT

Assalamualaikum..

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat 125)

Apa signifikannya terjemahan al-Quran di atas dengan tajuk entry ni?
I am sure everybody can guess what I meant right??

Hidayah itu milik mutlak Allah dan sesiapa sahaja berhak mendapatnya. Tidak semestinya orang yang menunaikan haji dan umrah dan menjejakkan kaki ke Mekah sahaja layak mendapat hidayah Allah. Almaklumlah, menjejakkan kaki ke Tanah Haram adalah impian setiap umat Islam.



Kalau anda tinggal di Malaysia, atau Jepun (bilangan penduduk Islam yang rendah) sekalipun anda berhak mendapat hidayah itu. Apa yang penting, apakah usaha yang kita lakukan untuk merebutnya??

Tepuk dada, tanya Iman.

Jika kita adalah hamba yang terpilih, alangkah beruntungnya mendapat nikmat Islam dan Iman.

Sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsikan, berapa ramai orang yang dilahirkan sebagai Islam benar-benar mempraktikkan kehidupan Islami dan berapa ramai pula saudara baru yang betul-betul komited terhadap Islam?


Banyak pertanyaan yang aku tinggalkan di sini. Apa kata kita renungkan sejenak dan muhasabah diri. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat hidayah. Amin..




"Renung-renungkan dan Selamat Beramal" HEHE..

No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.