Thursday, May 27, 2010

khasiat buah-buahan

Kita memang sangat digalakkan untuk makan buah-buahan.Seperti yang kita selalu dengar yang buah-buahan banyak memberi khasiat terutama untuk kesihatan.(cam skema je ayat).hahaha

di sini aku nk mencadangkan beberapa petua untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa berbelanja besar untuk membeli pelbagai krim2 kecantikan yang terdapat dipasaran.

Petua ini sangat senang untuk diamalkan dan boleh dilakukan dirumah pada bila2 masa sahaja.

APPLE
-Meneutralkan kulit berminyak.
Cara menggunakan:
1.Kisar setengah biji epal dengan air sampai sebati.
2.Sapukan pada wajah dan tunggu sehingga 20 minit.
3.Lepas tu,bilas muka dengan air suam.Lakukan seminggu sekali.

STRAWBERRY
-Menyerikan wajah.
Cara menggunakan:
1.Kisar 3 biji strawberri dengan sesudu teh madu.
2.Sapukan pada wajah seperti masker dan biarkan selama setengah jam.
3.Apabila masker dah kering,urut wajah dengah gerakan membulat.
4.Akhir sekali,bilas dengan air sejuk.

TEMBIKAI
-Menyamankan dan menyegarkan wajah.
Cara menggunakan:
1.Potong tembikai nipis2.
2.Letakkan pada wajah dan biak selama 20 minit.

KULIT LIMAU NIPIS
-Menghilangkan parut jerawat.
Cara menggunakan:
1.Rendam limau nipis yang telah ditebuk dengan garpu kedalam air suam selama semalaman.
2.Bilas wajah dengan air tersebut dan keringkan wajah.

TIMUN
-Melembutkan dan mencerahkan wajah.
-Membantu mengeringkan jerawat.
Cara menggunakan:
1.Kisar separuh timun tersebut dan campurkan dengan 2 sudu besar susu segar yang panas(tanpa gula).
2.Sapukan pada wajah sebelum tidur.

BETIK
-Menjadikan wajah kelihatan muda dan membuang benda asing di wajah.
cara menggunakan:
1.Kisar betik dan campukkan dengan 1 sudu teh madu.
2.Sapukan pada wajah dan biar selama 20 minit.

Ni jelah petua yg ak bleh konsi ngan korang.Insya ALLAH,korg mendapat kulit yang cantik berseri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.hehehe...

1 comment:

Mohammad Aiman said...

kalau nak kulit licin, x kisah tangan or kaki or lengan,

amik kulit pisang, lap2 kulit dengan kulit pisang bahagian dalam..

buat setiap hari..

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.