Monday, January 30, 2012
PRACTICAL
Maaf atas keterbatasan aku menulis di sini untuk beberapa ketika.
Kekangan alat elektronik untuk beronline di tempat practikal sedikit sebanyak mengurangkan mood untuk menulis.
Sampai ketemu!
Thursday, January 26, 2012
Dunia yang Menipu
Tuesday, January 24, 2012
Husnu dzon
Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Sunday, January 22, 2012
cERITERA cINTA sEORANG aKU dAN dIA
Sunday, January 15, 2012
F.A.m.i.L.y
Alhamdulillah, mood exam sudah habis.
Sekarang adalah masa untuk bersama keluarga. Ah, rindunya MA, ABAH, KAKLONG, ANGAH, KAK, AKIM, NAIN..
Alangkah seronoknya bersama keluarga.
Ayahanda, bonda, nantikan kepulangan anakanda!
Thursday, January 12, 2012
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Ya Allah,Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen.
Friday, January 06, 2012
SEGALANYA KUSERAHKAN PADANYA
Sekarang tengah mood exam. Hari-hariku dipenuhi dengan study. Tidak mengapa, inilah jihad namanya.
Dua paper dah selesai termasuk satu Anatomy practical test. Aku telah lakukan yang terbaik, the rest aku serahkan pada Allah. Manusia hanya merancang, Allah yang tentukan.
P/S : Kepada mereka yang sedang menghadapi Exam, aku ucapkan selamat berjaya dan semoga kejayaan milik kita. Bittaufiq wannajah.