Monday, January 02, 2012

HATI

Assalamualaikum..

HATI,

Kalau dah suka semua pun cantik, semua pun baik, semua pun ok. Senang cerita, perfectlah!



Dan lagi parah kalau asyik terbayang wajah "si dia". Hidup seakan tidak sempurna tanpa si dia. Mahu saja menghantar SMS, mahu saja membuat panggilan. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Serba tak kena jadinya.

Aduh, susah kalau hati dah mahu. Ada saja modal untuk mengingati si dia. Rupanya ini kerjanya Syaitanirrajim!



Inilah jadinya kalau hati dibiarkan kosong. Ruang-ruang yang ada dalam hati di isi dengan perihal yang tidak sepatutnya. Hati yang kosong senang untuk syaitan laknatullah membius virus-virus cinta.

Basahilah lidahmu dengan zikrullah, isilah ruang-ruang kosong dihatimu dengan memgingati Allah.


*PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN BUAT READERS SEKALIAN*


No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.