Tuesday, June 21, 2011

RESIPI TRIFLE

Assalamualaikum..

Post kali ini, ingin aku kongsikan resipi Trifle yang sangat sedaaaap dan mudah disediakan.

Bahan-bahan:
Kek gulung
Tepung kastard
Gula
Susu cair
Serbuk jelly
Koktail buah-buahan

Cara-cara membuat:

1. Potong kek gulung kepada beberapa bahagian. Saiz terpulang kepada anda.

2. Susun kek gulung yag telah dipotong kecil-kecil ke dalam bekas.

3. Seterusnya, masukkan setin susu cair ke dalam periuk.

4. Tambahkan 1 tin setengah air. Gunakan tin susu cair tadi untuk memudahkan sukatan.

5. Masukkan gula secukup rasa. Kalau nak manis, lebihkan gula.(tak elok manis-manis sangat.)

6. Tepung kastard juga dimasukkan sekali sebanyak enam sudu besar. Jangan lebih-lebih, takut pekat sangat.

7. Masak bahan-bahan tadi atas api yang kecil. Kalau sehingga menjadi pekat.

8. Apabila sudah pekat, tuang ke dalam bekas yang mengandungi kek gulung yang telah disusun di dalamnya. Biarkan sejuk selama 10 hingga 15 minit.

10. Setelah hampir 15 minit, taburkan koktail buah-buahan ke atas Trifle yang separuh siap tadi.

9. Seterunsya, masak serbuk jelly. Ikut arahan pada kotak jelly tersebut.

10. Serbuk jelly yang sudah dimasak dituang ke atas koktail buah-buahan tadi.

11. Sejukkan dalam peti sejuk.

12. Apabila jelly sudah keras, Trifle sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

2 comments:

KHALIS SOAPY said...

gambar xdok ko?
buleh la mg buat nati..
hahahaha

hakeey said...

oh, xdea nk amek gmba aritu. nt kalo wat lg, insya Allah ak amek gmba.
:D

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.