Thursday, July 28, 2011

PERIGI CARI TIMBA

Assalamualaikum..

Salam 1 blogger! Hehe..

Ok, post kali ini pasal PERIGI CARI TIMBA. Mengikut sejarah Bahasa Melayu yang aku belajar, perigi cari timba ni perempuan yang melamar lelaki, or in other words perempuan yang memulakan step. You guys faham-fahamlah maksud aku ni ye.

Boleh pakai ke peribahasa ni dalam Islam? Baik, aku sendiri yang akan jawab pertanyaan itu. I am sure that everybody knows about Siti Khadijah yang meminang Rasulullah. So, it is not a WRONG for a woman to start the first step.

Ok, aku bagi satu lagi contoh semasa zaman Rasulullah di mana Saidina Umar pernah melamar Saidina Abu Bakar untuk anak perempuannya iaitu Siti Habsah. Lamaran itu ditolak dengan baik oleh Abu Bakar. Namun begitu, Rasulullah pula yang memperisterikan Siti Habsah. Again, aku tegaskan di sini bahawa wanita juga boleh meminang lelaki.

Walaupun lamaran Saidina Umar ditolak oleh Saidina Abu Bakar, namum Allah telah memberikan jodoh yang lebih baik untuk Siti Habsah iaitu Rasulullah. Oleh itu, kalaupun pinangan seseorang wanita itu ditolak pihak lelaki janganlah wanita itu berasa malu atau kecewa kerana tindakan yang dibuat bukanlah perkara yang ditegah dalam Islam. Seharusnya wanita itu yakin dengan kuasa Allah bahawa Allah akan menjanjikan jodoh yang lebih baik untuk wanita itu.

Mungkin agak pelik kalau perkara ni terjadi dalam masyarakat kita. Ini mungkin kerana budaya dan adat orang melayu yang tidak mempraktikkannya. Namun, kita harus ingat bahawa kita sebagai umat Islam perlu hidup dalam syariat.

Islam tidak pernah mencegah wanita untuk melamar lelaki asalkan betul caranya dan mengikut nas-nas yang telah ditetapkan. Tidak salah bukan kalau wanita melamar lelaki jika sekiranya wanita tersebut merasakan lelaki yang ingin dilamar merupakan calon terbaik untuknya. Sesiapapun mahukan jodoh yang terbaik!

Perigi cari timba sudah biasa dalam masyarakat Melayu dan aku rasa ramai yang sudah tahu tentang tanggapan betapa rendahnya maruah seseorang wanita itu jika cuba melawan arus. Namun persepsi yang songsang ini harus diubah kerana ianya mungkin akan meletakkan wanita di satu platfom yang rendah dalam masyarakat. Apa kata kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

im giving my love to you.. <3

As for me, bukanlah satu kesalahan menjadi perigi cari timba kerana wanita juga berhak memilih jodoh untuk dirinya. Apa yang penting, gunakan cara yang betul dan seelok-eloknya gunakan orang perantara seperti ibu bapa atau saudara-mara.

Apa yang penting, banyakkan berdoa agar Allah pertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita. Jangan pernah menyerah untuk meminta padaNya. Allah pasti menolong umatnya yang taat dan tidak jemu-jemu meminta pertolongan dariNya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 186 yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

doa

Apa pula pendapat kalian mengenai perkara ni? Jom kongsi kat sini!!

Sampai ketemu!


No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.