Wednesday, July 13, 2011

DEDIKASI ISTIMEWA BUAT SEORANG SAHABAT




Assalamualaikum..

Aku bersyukur Ya Allah atas kurniaan seorang sahabat yang sangat aku sayangi ini.

Memori perkenalan kami 15 tahun dahulu ketika sama-sama belajar di Tadika KEMAS Kg. Laut masih segar dalam ingatan. Kamu selalu berborak tentang kenangan masa lalu ketika kami bersama. Ah, sungguh aku rindu saat-saat itu kawan!

Semenjak dari tadika hingga darjah enam, kami sentiasa bersama. Berkongsi suka duka dan tekun belajar bersama. Satu ketika, dia mengimbau kembali kenangan di mana semasa di sekolah rendah aku pernah membuat kerja rumahnya. Tersenyum sendirian aku apabila dia masih teringat peristiwa itu.

Namun, masuk sekolah menengah, masing-masing membawa haluan sendiri. Aku bersekolah di kampung ku, manakala dia pula bersekolah di sekolah pilihannya dan keluarga. Hampir dua tahun kami terputus hubungan. Walaupun tidak mendapat sebarang khabar berita darinya, tapi aku pernah bertanya kawan-kawan yang lain mengenai keadaannya.

Alhamdulillah, semasa di tingkatan tiga kami bertemu kembali. Semenjak dari itu, kami berjanji untuk lebih menghargai persahabatan yang dibina kerana Allah ini.

Selepas SPM, kami sama-sama ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Uitm Shah Alam dalam program asasi. Walaupun di tempat yang sama
tetapi dia dalam program Asasi Kejuruteraan manakala aku pula dalam program Asasi Sains.

Agar sukar untuk bertemu.. Namun, masa tidak pernah memisahkan kami. Masih ku ingat pada ketika aku tidak mempunyai wang untuk belanja, dialah yang datang menolong. Aku tidak pernah mengharapkan wangnya, tapi dia sendiri yang menawarkan untuk membeli makanan kepadaku. Aku juga faham bahawa dia juga mendapat wang belanja dari ibu dan ayahnya. Katanya lagi, dia ikhlas membeli makanan-makanan itu. Terima kasih kawan!

Kalau hendak diceritakan, bermacam-macam pertolongan yang dia hulurkan. Rasanya tidak mampu aku balas! Hanya doa buatmu yang mampu aku hadiahkan.

Dia juga seorang yang sangat memahami aku. Kalau ada masalah yang aku cuba ceritakan, pasti dia akan mendengar dan cuba membantu semampunya.

Ayah dan ibuku juga sangat mengenali dia dan keluarganya. Maklumlah ibunya kawan sekelas ayahku.

Mungkin masih banyak kenangan yang kami lalui
bersama dan rasanya kalau hendak diceritakan, sampai esok belum tentu habis.

Buat sahabatku, terima kasih kerana sentiasa bersama aku ketika senang dan susah. Segala kebaikanmu, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga persahabatan ini kekal abadi. Engkaulah sahabat dunia akhirat. Ukhwah fillah!

Jangan lupa, saat kau duduk di jinjang pelamin nanti, aku mahu jadi pengapitmu.

Terima kasih Allah kerana menganugerahkanku seorang sahabat seperti dia.

No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.