Monday, August 01, 2011

TAZKIRAH 1 RAMADHAN

Assalamualaikum..

Tazkirah hari ini ialah mengenai perkara-perkara yang harus ditekankan dan amalam-amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Puasa -bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi perlulah menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


2. Tarawih - merupakan satu-satunya ibadah yang dikhaskan pada bulan Ramadhan. Seelok-eloknya dilakukan secara berjemaah dan lakukan seberapa banyak yang mampu.

Sabda Rasulullah: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)


3. Tadarus Al-Quran - Perbanyakkan bertadarus al-Quran pada bulan Ramadha ini kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda disediakan pada umat yang rajin bertadarus. Rasullullah sendiri khatam al-quran pada setiap hari di sepanjang bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)


4. Sedekah - Amalan ini juga dianjurkkan oleh Rasulullah dan perlu diperbanyakkan kerana ianya paling afdal pada bulan Ramadhan.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.