Monday, February 06, 2012

CINTA SONGSANG

Assalamualaikum..


Cinta songsang semakin songsang! Banyak kes mengenai cinta kaum sejenis yang berlaku akhir-akhir ini. Di mana tamadun manusia hari ini yang kononnya berminda kelas pertama? 


"Saya gay, saya ok!"


Menggeleng-geleng aku mendengar pengakuan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki di youtube. Seorang Melayu yang pastinya seorang Islam sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Di mana agama anda wahai saudara? Mustahil anda sejahil itu! Tidak takukkah anda dengan laknat Allah. Hayatilah peringatan Allah di dalam Al-Quran:


“Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”


Rasulullah juga pernah bersabda:


Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda 
mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 
7337]


Aku tidak mahu sempitkan tulisan ini hanya dengan memfokuskan kepada golongan gay. Golongan lesbian juga tidak terkecuali dari konteks perbuatan homoseks. Lebih jelas lagi, hubungan sejenis.






Sesungguhnya pelaku homoseks boleh dijatuhi hukuman yang berat. Dosa homoseks adalah lebih besar dari perbuatan zina antara lelaki dan perempuan. Berdasarkan satu hadis Rasulullah:


Hadits riwayat Ibn Abbas : “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. [ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124].


Kembalilah ke jalan yang benar wahai pelaku homoseks. Bertaubatlah sebelum pintu taubat untukmu ditutup. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
(Yaasin: 36)





No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.