Assalamualaikum..
Al-Fatihah buat penghuni Rumah Anak Yatim At-Takwa, Batu 14 Hulu Langat yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku hari ini.
Titis-titis jernih gugur dari kelopak mata ini saat melihat berita di TV3. Ya Allah, sangat tragis bagi aku untuk melihat paparan di televisyen. Dan saat entri ini ditulis, sekali lagi aku tidak dapat menahan air mata daripada jatuh.
Ya Rabbul Jalil, selamatkanlah anak-anak di sana.
Sekarang aku sedang menonton Nightline. Mengikut laporan ketika ini, sepuluh mangsa disahkan terkorban. Aku tidak sanggup melihat berita tersebut! Sangat tersentuh hati aku..
Semoga roh anak-anak yang terkorban di cucuri rahmat. Amin.
Buat readers sekalian, ayuh sama-sama kita doakan mereka selamat dan sedekahkan al-Fatihah buat mereka yang terkorban.
Saturday, May 21, 2011
Monday, May 16, 2011
Bahasa Melayu
Assalamualaikum..
Sedang aku mencari kamus online Bahasa Arab, tiba-tiba aku terjumpa laman web ini http://www.al-bab.com/arab/language/lang.htm
Ada apa dengan laman web ini ye??
Hmm.. jeng jeng jeng...
Inilah informasi yang aku dapat dalam laman web tersebut:
| Major languages of the world | ||
| (Number of native speakers) | ||
| 1. | Mandarin Chinese | 836,000,000 |
| 2. | Hindi | 333,000,000 |
| 3. | Spanish | 332,000,000 |
| 4. | English | 322,000,000 |
| 5. | Bengali | 189,000,000 |
| 6. | Arabic | 186,000,000 |
| 7. | Russian | 170,000,000 |
| 8. | Portuguese | 170,000,000 |
| 9. | Japanese | 125,000,000 |
| 10. | German | 98,000,000 |
| 11. | French | 72,000,000 |
| 12. | Malay | 50,000,000 |
Jangan terkejut teman-teman jika aku bilang penggunaan Bahasa Melayu ini sudah wujud berabad lamanya dan penggunanya juga ramai terutamanya di Nusantara.
Ini pula apa yang aku jumpa dalam carian Google..Thanks Mr. Google. *Smiley*
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Sunday, May 15, 2011
Mati Itu Pasti!
Assalamualaikum..
Pagi ini, aku menerima pesanan ringkas daripada roomateku di UPM. Pesanan ringkasnya berbunyi "Salam, tolong inform kawan-kawan. Ayah .................... baru sahaja meninggal pagi tadi dalam pukul 8.25 am. Sedekahkan Al-Fatihah.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...
(....dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali, sebahagian dari ayat 156: Surah Al-Baqarah)
Semoga roh arwah bapa teman ku ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kekasihNya. Amin...
Sesungguhnya mati itu pasti! Kekadang rasa takut menjengah pabila memikirkan bekalan untuk di bawa ke "sana" yang masih tidak cukup dan masih terlalu banyak dosa yang dilakukan. Sempatkah aku bertaubat sebelum datangnya ajal?
Firman Allah bermaksud:
“Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan
dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan."(Surah Ali Imran,ayat
145)
Seusai solat, doa ini tidak lekang dari bibirku..
"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah ke dalam syurga dengan iman, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang."
Oleh itu, ingatlah pesan Rasulullah ini,
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka akan terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Buat renungan untuk diriku dan teman-teman sekalian...
Sampai ketemu!
Celebrity Collage by MyHeritage
Assalamualaikum..
See... Muka aku ada iras siapa??
Haha...
Paling aku suka, Bae Yong-Jun!
Sampai ketemu!
Tiga Kali Seminggu
Assalamualaikum..
"Tiga Kali Seminggu". Tajuk yang sangat catchy yang dipilih oleh Dr. Faisal Tehrani.



Ini adalah buku yang sedang dibaca sekarang. Masih dalam proses mengkhatamkannya..
Buku yang setebal 198 muka surat ini menghimpunkan 15 cerita pendek yang semuanya menarik (berdasarkan tajuknya).
Nantikan komen aku seterusnya untuk buku ini.
Sampai ketemu!
"Tiga Kali Seminggu". Tajuk yang sangat catchy yang dipilih oleh Dr. Faisal Tehrani.



Ini adalah buku yang sedang dibaca sekarang. Masih dalam proses mengkhatamkannya..
Buku yang setebal 198 muka surat ini menghimpunkan 15 cerita pendek yang semuanya menarik (berdasarkan tajuknya).
Nantikan komen aku seterusnya untuk buku ini.
Sampai ketemu!
Subscribe to:
Posts (Atom)