Sunday, May 15, 2011

Mati Itu Pasti!

Assalamualaikum..

Pagi ini, aku menerima pesanan ringkas daripada roomateku di UPM. Pesanan ringkasnya berbunyi "Salam, tolong inform kawan-kawan. Ayah .................... baru sahaja meninggal pagi tadi dalam pukul 8.25 am. Sedekahkan Al-Fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...
(....dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali, sebahagian dari ayat 156: Surah Al-Baqarah)

Semoga roh arwah bapa teman ku ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kekasihNya. Amin...

Sesungguhnya mati itu pasti! Kekadang rasa takut menjengah pabila memikirkan bekalan untuk di bawa ke "sana" yang masih tidak cukup dan masih terlalu banyak dosa yang dilakukan. Sempatkah aku bertaubat sebelum datangnya ajal?

Firman Allah bermaksud:
“Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan
dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan."(Surah Ali Imran,ayat
145)

Seusai solat, doa ini tidak lekang dari bibirku..
"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah ke dalam syurga dengan iman, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang."

Oleh itu, ingatlah pesan Rasulullah ini,
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka akan terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Buat renungan untuk diriku dan teman-teman sekalian...

Sampai ketemu!

No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.