Saturday, May 14, 2011

CANTIK

Assalamualaikum..

Saya cantik! Awak cantik! Dia cantik! Mereka cantik! Ya, semua cantik!

Cantik itu subjektif bukan?? Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza apabila bercakap mengenai kecantikan. Patutlah bila aku cakap sesuatu itu cantik, belum tentu kawan-kawan akan bersetuju dengan aku.

Jadi, apa kaitan entri aku kali ini dengan diri aku? Banyak kaitannya. Memang banyak!
Apabila melihat foto kawan-kawan di Facebook, rupanya mereka semua cantik-cantik belaka. Tapi, apa guna cantik kalau tidak tahu memeliharanya daripada menimbulkan fitnah dunia?

Apabila membaca komen kawan-kawan terhadap foto mereka.. " Comellah awak ni" , "Cutenya" , " Untung awak, cantik.." , dan macam-macam lagi. Adakah itu tujuannya meletakkan foto-foto dari angle yang sangat menarik perhatian terutamanya lelaki.



Bagaimana pula bagi yang kurang menyerlah kecantikannya? Sabar teman-teman..
Cantik itu mungkin hanya sementara, kerana cantik itu akan pudar apabila tiba masanya.
Peganglah kata-kata ini, "Allah tidak memandang rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang niat dan amalan kamu."

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana setiap satu daripadanya adalah nikmat kurniaan Allah. Jangan sesekali menyalah gunakan nikmat kecantikan yang Allah kurniakan. Tentukanlah sendiri bagaimana untuk memelihara kecantikan itu. Tepuk dada, tanya iman.

"InnaAllaha jamal, wa yuhibbul jamil"

You are beautiful


Sampai ketemu!

No comments:

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.