Wednesday, June 23, 2010

Bersanggul Tinggi. Perlukah??


Sekarang ni trend bertudung dengan sanggul tinggi memang famous. Aku musykil pasal trend ni sebenarnya. Kadang-kadang kita ni cepat sangat nak ikut orang sampaikan tak tahu sama ada Islam benarkan atau tidak. Rasulullah juga ada berpesan,

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati semuanya akan diminta pertangggungjawabannya” {Al Isra’ : 36}

DAN

“Barangsiapa meniru suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut”

Aku ada terbaca banyak artikel yang bincang pasal hal ni.Rasanya aku tak layak nak bagi jawapan kepada persoalan ni sebab ni melibatkan hukum.

Oleh itu, aku nak kongsi salah satu aktikel dari blog ustaz Nor Amin yang aku kira orang yang lebih layak serta lebih berilmu.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :


“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


TAPI...

Artiket yang aku ambil dari iluvislam.com ni pula mempunyai pendapat sebegini.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.

Pada pendapat ak pula, kenapa kita mesti ikut? Aku rasa, pada zaman nabi tak ada kot trend ni. Jadi, aku nasihatkan pada diri aku sendiri dan juga kawan2 sekalian, lakukanlah sesuatu secara bersederhana. Kalau boleh elakkan bersanggul tinggi, elakkanlah.. Tak ada guna gak kalau tunjuk kat orang laki yang bukan suami kita. Lagi baik simpan dulu sanggul tu, nanti dah kawin, tunjuk je kat laki kita nanti. Hahaha...

2 comments:

ainina said...

btol tuh wan. before this pernah dengar pasal ni jugak. org panggil sanggul siput babi. hahahaha !

Mohammad Aiman said...

skrg susah skit..
dunia akhir zaman..

byk bende terbalik..

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.