Thursday, June 03, 2010

Ya Allah,selamatkan mereka.

Walaupun kejadian ni telah 3 hari berlalu,namun dunia terus mengecam kekejaman Israel. Tindakan Israel menawan kapal Turki,Mavi Marwara dalam konvoi Gaza Freedom Flotilla yang disertai 663 aktivis dari lebih 50 buah negara di perairan Laut Mediterranean dianggap tidak relevan.

Aku sebagai umat Islam rasa terpanggil untuk menulis entry ni. Mungkin ini adalah salah satu cara yang aku dapat lakukan bagi menyokong saudara seagama yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar kira2 10 ribu tan bantuan kemanusiaan bersama 6 buah kapal ke Gaza.

Alhamdulillah..

Warga Malaysia yang ditangkap oleh Israel telahpun dibebaskan. Tindakan Israel menahan warga Malaysia dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia. Ini kerana Israel tidak wajar melakukan tindakan sedemikian memandangkan Malaysia tidak menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan mereka. Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan Israel itu ibarat menculik warga Malaysia yang hanya ke Gaza semata-mata untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.

Syukur,Misi life Line For Gaza(LL4G) dapat diteruskan. Semoga usaha murni para peserta konvoi ini akan mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah pada janji Allah seperti dalam surah al-Fiil.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?(1).Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2).Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan(3).Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;(4).Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat(5).

Semoga Allah selamatkan mereka...

Sebagai seorang muslim, sama2 kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Mungkin inilah yang mampu kita lakukan sebagai tanda membantu umat Islam di Palestin serta di seluruh dunia yang menjadi mangsa kekejaman musuh2 Islam.

2 comments:

Mohammad Aiman said...

nak tau ape alasan dorg halang kite anta makanan?

nak elakkan urusan haram
To avoid ILLEGAL BUSINESS

bengong kan???

dorg bunuh org tu x ILLEGAL?
dorang ceroboh tu x ILLEGAL?

memang x gune ISRAEL ni..

hakeey said...

Tulah musuh Islam. Sampai ble2 pn diorang akan berusaha untuk musnahkan Islam.

.:KLIK UNTUK MENYUMBANG:.