Thursday, December 22, 2011
PLEASE GO AWAY FROM MY LIFE!
Seriously, i'm not in the mood now. Kehadiran orang yang kita tak mahu hadir menyebabkan hidupa ku sedikit terganggu. How to avoid from meeting those people. Ya Allah, patut ke aku rasa macam ni?
Dear Allah, please give me strength to face the life!
Friday, December 09, 2011
HIDAYAH MILIK ALLAH AND EVERYBODY DESERVED IT
Tuesday, December 06, 2011
HATI KECILKU
PUASA 10 MUHARAM
Tuesday, November 15, 2011
PEOPLE CHANGE
Wednesday, August 17, 2011
INGATLAH SAUDARA KITA DI SANA
Tuesday, August 16, 2011
TAZKIRAH 17 RAMADHAN
Thursday, August 11, 2011
SYRIA FOR SALE (RM8)
Lelong-lelong!!
Tudung syria murah. Hanya RM8 satu set! lets grab it now! any inquiry, feel free to comment on the photos. urusan penghantaran, boleh negotiate.
Cepat-cepat! LIMITED EDITION! Sape cepat dia dapat.
Friday, August 05, 2011
TAZKIRAH 2,3 DAN 4 RAMADHAN
Monday, August 01, 2011
TAZKIRAH 1 RAMADHAN
TAZKIRAH RINGKAS
Sunday, July 31, 2011
MARHABAN YAA RAMADHAN!
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Thursday, July 28, 2011
PERIGI CARI TIMBA
Wednesday, July 27, 2011
LA TAHZAN DUHAI HATI
Sunday, July 24, 2011
RESIPI NASI KERABU TUMIS
Nasi kerabu tumis ni agak complicated untuk dibuat. Walau bagaimanapun, disebabkan mak aku yang request nak makan , so aku and akak aku buat la. *Mak aku jadi pemantau je. Hehe..
RESIPI KEK BATIK
Tuesday, July 19, 2011
RESIPI SANDWICH TELUR BERSOS THOUSAND ISLAND
Monday, July 18, 2011
I'M A BIG FAN OF YOU BEBEH!
I heart you lah Big Apple! Kalau boleh kerja kat Big Apple mesti best kan. Boleh la aku curi resipi nak buat donut-donut yang sedap ni. Hehe *Just kidding~
SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W
Friday, July 15, 2011
LIRIK LAGU JANGAN MENYERAH (D'MASIV)
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
RESIPI PANCAKE
Wednesday, July 13, 2011
DEDIKASI ISTIMEWA BUAT SEORANG SAHABAT
Assalamualaikum..
Wednesday, June 29, 2011
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Sedikit perkongsian sempena hari ini merupakan 27 Rejab. Seperti yang kita tahu, pada tarikh itu berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Artikel ini diambil dari http://ilmi-islam.com/inspirasi/iktibar/137-adakah-kita-mengerti-dan-memahami.html
BULAN Rejab mencatat dua peristiwa sedih dalam sejarah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w (juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni).
Dua peristiwa sedih itu ialah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Khadijah banyak berkorban harta benda dan wang ringgit bagi membantu berdakwah mengembangkan syiar Islam. Selepas Siti Khadijah meninggal dunia disusuli pula kematian Abu Talib yang begitu rapat dengan Baginda.
Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah.
Pemergian dua insan yang disayangi itu amat dirasakan Baginda. Selepas itu, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy.
Baginda mendapat tentangan, ejekan serta mendapat ancaman. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif, tetapi malangnya di Taif juga Rasulullah turut menerima ejekan dan cacian daripada penduduk di sana.
Maka Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah ketika itu cukup berat dan melihatkan keadaan Baginda itu, Allah s.w.t memerintahkan Jibril membawanya menjalani peristiwa Israk Mikraj.
Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Baginda. Ia memberi hikmah dan pelajaran kepada Baginda, sekali gus menjadi cerminan buat umatnya pada masa akan datang.
Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj amat sukar dimengertikan. Namun ia membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai seluruh alam ini termasuk langit dan bumi.
Hikmah yang terkandung di dalamnya perlu direnungi dengan teliti agar dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan dan peningkatan ibadah kepada Allah.
Peristiwa itu dicatatkan di dalam al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Kita ingat lagi atau tidak akan peristiwa semasa perjalanan Rasulullah? Perjalanan antara bumi dengan langit? Perjalanan antara masjidil Haram ke Masjidil Aqsa?
Buraq Itu Cepat Dan Pantas
Menurut kajian sarjana dan cendekiawan Islam, kecepatan perjalanan buraq itu adalah dalam sekelip mata.
Dalam sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi Buraq iaitu seekor binatang yang berwarna putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai, tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut Buraq mencecah bumi.”
Baginda bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menunggangnya, ia melangkah kakinya dengan cepat sejauh penghabisan mata memandang sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis.”
Kita ni ingat atau tidak akan peristiwa-peristiwa penting semasa perjalanan baginda?
Dalam ‘pengembaraan’ luar biasa itu juga Rasulullah menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan yang diterima manusia akibat melakukan kemungkaran di dunia.
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Penutup: Adakah Kita Sedar
Adakah selama ni kita sedar ataupun belum di ketuk untuk di sedarkan? Untuk diri saya juga. Sama-sama kita hayati penghayatan pada bulan Rejab ini. Mungkin ini Rejab kita yang terakhir?
Bersama-sama ini juga saya sertakan sedikit ungkapan. Dah terbiasa kat blog, apa-apa mesti ada cakap-cakap sikit.
Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya
Tuesday, June 28, 2011
RESIPI KOKTAIL KASTARD BERKUAH
Hari ini terasa ingin berkongsi resipi dessert yang simple dan enak dinikmati terutamanya pada waktu tengah hari. Dessert ini dinamakan koktail kastard berkuah.
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
2 camca besar gula
4 cawan air
Bahan B:
1 tin koktail buah-buahan( buah-buahan dalam tin)
Sedikit ais
Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan A ke dalam periuk.
2. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan buah-buahan dalam tin ke dalam mangkuk.
4. Masukkan bahan A tadi ke dalam mangkuk.
5. Tambahkan sedikit ais.
* Bahan A dijadikan sebagai kuah kepada buah-buahan dalam tin.
Selamat mencuba!
Tuesday, June 21, 2011
RESIPI TRIFLE
Post kali ini, ingin aku kongsikan resipi Trifle yang sangat sedaaaap dan mudah disediakan.
Bahan-bahan:
Kek gulung
Tepung kastard
Gula
Susu cair
Serbuk jelly
Koktail buah-buahan
Cara-cara membuat:
1. Potong kek gulung kepada beberapa bahagian. Saiz terpulang kepada anda.
2. Susun kek gulung yag telah dipotong kecil-kecil ke dalam bekas.
3. Seterusnya, masukkan setin susu cair ke dalam periuk.
4. Tambahkan 1 tin setengah air. Gunakan tin susu cair tadi untuk memudahkan sukatan.
5. Masukkan gula secukup rasa. Kalau nak manis, lebihkan gula.(tak elok manis-manis sangat.)
6. Tepung kastard juga dimasukkan sekali sebanyak enam sudu besar. Jangan lebih-lebih, takut pekat sangat.
7. Masak bahan-bahan tadi atas api yang kecil. Kalau sehingga menjadi pekat.
8. Apabila sudah pekat, tuang ke dalam bekas yang mengandungi kek gulung yang telah disusun di dalamnya. Biarkan sejuk selama 10 hingga 15 minit.
10. Setelah hampir 15 minit, taburkan koktail buah-buahan ke atas Trifle yang separuh siap tadi.
9. Seterunsya, masak serbuk jelly. Ikut arahan pada kotak jelly tersebut.
10. Serbuk jelly yang sudah dimasak dituang ke atas koktail buah-buahan tadi.
11. Sejukkan dalam peti sejuk.
12. Apabila jelly sudah keras, Trifle sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Sunday, June 19, 2011
Kiat Menghafaz Al-Quran
Muqaddimah
Tidak dapat tidak bagi mereka yang inginkan hafazan yang kuat memerlukan masa yang panjang. Adapun mereka yang menghafaz kerana sebab-sebab tertentu maka tulisan ini tidak sesuai bagi mereka. Sebelum itu perlu diingatkan bahawa hafazan perlu kepada kesabaran, kesungguhan, tidak tergesa-gesa ingin mendapatkan hasil dan tidak cepat merasa bosan. Perlu diingatkan juga masa yang panjang diperuntukkan untuk hafazan dengan niat menuntut ilmu akan diberi ganjaran oleh Allah swt.
Dua disiplin utama dalam hafazan
Pertama : Kurang jumlah bahan yang ingin dihafaz
Kedua : Ulangan
Kurangkan Jumlah Bahan Yang Ingin Dihafaz
Ini kerana jumlah yang banyak akan menyebabkan cepat rasa bosan dan putus asa. Boleh jadi juga hafazan dalam jumlah yang banyak akan menghilangkan sejumlah hafazan yang lain kerana tiada ketekunan dalam hafazan. Walaubagaimanapun ini bergantung kepada setiap individu. Oleh itu, cara yang praktikal ialah dengan membahagikan bahan yang ingin dihafaz setiap hari dan istiqomah walaupun jumlahnya sedikit.
Ulangan
Hafazan memerlukan kepada ulangan yang banyak. Jumlah bahan yang sikit akan dapat membantu kita mengulangi nas banyak kali dan mengekalkan hafazan dalam tempoh yang lama.
Faktor-Faktor Lain Yang Membantu Hafazan
1. Doa
Doa ialah senjata dan perisai mukmin. Doa juga merupakan wasilah paling cepat dan mudah . Doa yang ikhlas, penuh pengharapan dan dengan hadirnya hati nescaya akan dimakbulkan Allah swt.
Firman Allah swt;
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (al-Ghafir : 60)
2. Meninggalkan Maksiat
Antara faktor penting yang membantu hafazan ialah menjauhi maksiat. Telah banyak peringatan daripada para salaf tentang perkara ini, di antaranya ;
Telah berkata ad-Dhohhak bin Mahazim:
“Tiada seorangpun yang menghafaz al-Quran kemudian dia melupakannya kecuali dengan dosa yang dilakukan kerana Allah telah berfirman ;
Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu) ( as-Syura : 30). Sesungguhnya di antara musibah yang paling besar ialah melupakan al-Quran”.
3. Mengambil Berat
Mengambil berat dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh akan membantu memudahkan hafazan. Ini terbukti dalam kehidupan manusia, apabila seseorang mengambil berat tentang sesuatu perkara jarang sekali dia akan melupakannya.
4. Melatih Diri
Kali pertama menghafaz, sebahagian daripada kita akan merasa sukar, akan tetapi melatih diri akan memudahkan hafazan. Dengan banyaknya latihan akan menajamkan kekuatan dan kecepatan hafazan.
Telah berkata al-Askari: “Pada permulaan menghafaz aku merasakan kesukaran, kemudian setelah melatih diri, aku mampu menghafaz 200 bait qasidah setiap malam.”
5. Beramal
Antara faktor yang mengukuh ilmu ialah dengan kita beramal. Ahli Ilmu sering kali mengingatkan kita tentang perkara ini di antaranya;
Telah berkata asy-Sya3bi: “Kami membantu hafazan hadith dengan beramal dengannya.”
6. Memilih Waktu Yang Sesuai
Ini juga menjadi faktor yang membantu hafazan, iaitu memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Antara waktu sesuai yang disyorkan ulama` ialah pada waktu sahur (sebelum subuh), pertengahan malam dan pada waktu pagi.
7. Menghafaz Pada Usia Muda
Menghafaz di usia muda merupakan satu lagi faktor yang membantu hafazan.
Telah berkata ‘lqomah bin Zaid: “ Hafazanku di usia muda seolah-olah aku melihat helaian kertas”.
Ibu bapa dan penjaga seharusnya mengambil perhatian melatih anak-anak pada usia kecil mereka. Kerana hafazan pada usia ini lebih kuat. Sekiranya waktu muda anak-anak berlalu ia tidak mungkin mendapatkannya semula.
8. Ulang Kaji
Ulang kali merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan lagi kerana ia akan membantu mengukuhkan hafazan. Di antara kata-kata para salaf;
Telah berkata az-Zuhri: “ Sesungguhnya yang menghilangkan ilmu ialah lupa dan meninggalkan muzakarah (ulang kaji)”.
Diterjemah dan diringkaskan dari Risalah ;
al-Hifz, ahammiyyatuhu, ‘ajaibuhu, toriqotuhu, asbabuhu.
Dr. Abd. Qoyyum as-Sohaibani
Dipetik dari: http://dakwah.info/featured/kiat-menghafaz-al-quran/Saturday, June 11, 2011
Oh Romeo!
You are the wish that will never come true.
Thanks for everything. BUT, you are not meant for me.
Selamat tinggal Romeo!
(Tipulah kalau aku tidak punya perasaan terhadap kaum Adam. Tapi, aku harus kawal perasaan itu kerana aku ingin hidup bersyariat. Dia MUNGKIN bukan ditakdirkan untuk aku. Aku hanya menyimpan perasaan ini sendirian. Hanya doa yang mampu kupanjatkan pada Ilahi semoga aku dipertemukan jodoh sebaiknya atau yang lebih baik darinya)
*Romeo itu tidak pernah tahu bahawa aku suka padanya. Dia adalah lelaki yang punya ciri-ciri lelaki idamanku.
Sampai ketemu!
Selamat Tinggal Facebook
Nampaknya, aku sudah menyalah gunakan teknologi Facebook. Tipulah kalau aku bilang aku tidak manfaatkan laman sosial yang semakin popular ini. Namun, kalau setakat untuk merapatkan silaturrahim antara teman-teman terutamanya yang tidak bersua di mata dan di samping berkongsi pelbagai maklumat yang berguna, itu memang biasa aku lakukan.
Tidak dinafikan, semenjak dua menjak ini, aku rasa aku banyak menghabiskan masa hanya dengan berfacebook. Bila diimbas kembali, berapa banyak masa yang telah aku sia-siakan dan sudah berapa banyak dosa yang telah aku lakukan??Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah.
Mungkin kehilangan aku dari dunia facebook adalah sementara. Namun, untuk waktu sekarang, aku rasa aku perlu tebus balik masa yang telah aku kehilangan sebelum ini. Masa bersama Allah. Masa bersama keluarga, masa bersama buku-buku ilmiah dan banyak lagi. Ya! Aku perlukan masa-masa itu.
Buat teman-teman facebook. Jangan risau, aku pasti kembali. Tapi bukan esok, bukan lusa.
Bila akan aku kembali. Hanya Allah yang tahu.
Sampai ketemu!
Thursday, June 09, 2011
Tuesday, June 07, 2011
Sindrom MALAS
Sekali lagi, janji itu kemungkiri...
Maaf buat teman bloggers sekalian. Nampaknya sindrom malas mengupdate blog datang kembali.
Cuti yang panjang sudah bermula bagi pelajar-pelajar universiti seperti aku. Apa rancangan teman-teman bloggers sekalian?? Mungkin ada yang sudah lama mula bercuti dan sudah bekerja. Atau.. Mungkin juga ada yang baru merancang untuk memenuhi masa cutinya dengan membantu ibu bapa di rumah. Apapun aktiviti kalian, aku doakan semoga masa cuti yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Ok, now back to the main point. Rasanya ramai yang mengalami sindrom malas seperti aku. Ya bukan?? Jadi bagaimana mahu mengatasinya?
Di sini, bukan aku ingin memberi jawapan kepada pertanyaan itu. Aku kira kita semua sudah punya jawapannya. Cuma, apa yang harus dilakukan sekarang ialah mengeksploitasi dan muhasabah diri sendiri.
Semoga kita semua dapat mencari jawapan kepada sindrom yang tidak punya ubat ini.
Sampai ketemu!
Saturday, May 21, 2011
Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim At-Takwa
Al-Fatihah buat penghuni Rumah Anak Yatim At-Takwa, Batu 14 Hulu Langat yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku hari ini.
Titis-titis jernih gugur dari kelopak mata ini saat melihat berita di TV3. Ya Allah, sangat tragis bagi aku untuk melihat paparan di televisyen. Dan saat entri ini ditulis, sekali lagi aku tidak dapat menahan air mata daripada jatuh.
Ya Rabbul Jalil, selamatkanlah anak-anak di sana.
Sekarang aku sedang menonton Nightline. Mengikut laporan ketika ini, sepuluh mangsa disahkan terkorban. Aku tidak sanggup melihat berita tersebut! Sangat tersentuh hati aku..
Semoga roh anak-anak yang terkorban di cucuri rahmat. Amin.
Buat readers sekalian, ayuh sama-sama kita doakan mereka selamat dan sedekahkan al-Fatihah buat mereka yang terkorban.
Monday, May 16, 2011
Bahasa Melayu
Major languages of the world | ||
(Number of native speakers) | ||
1. | Mandarin Chinese | 836,000,000 |
2. | Hindi | 333,000,000 |
3. | Spanish | 332,000,000 |
4. | English | 322,000,000 |
5. | Bengali | 189,000,000 |
6. | Arabic | 186,000,000 |
7. | Russian | 170,000,000 |
8. | Portuguese | 170,000,000 |
9. | Japanese | 125,000,000 |
10. | German | 98,000,000 |
11. | French | 72,000,000 |
12. | Malay | 50,000,000 |